Friday, August 07, 2015

Islam Diperangi Kerana Dolar Dan Minyak!


Anak-anak didalam potret ini pula adalah warga Syria yang telah menjadi pelarian kerana negara mereka sedang bergolak. Dan tidak diketahui sama ada mereka masih mempunyai ahli keluarga atau tidak.

Kem pelarian Za'taari, Jordan

Mustahil anak-anak ini tidak rindukan Kota Damas, panggilan manja warga Arab untuk Kota Damsyik. Mustahil juga mereka tidak mengimpikan untuk kembali ke bumi Syam.

Namun, pergolakan yang berterusan selama beberapa tahun telah memaksa mereka untuk terus berada disini.

Pergolakan berlaku disebabkan penentangan rakyat Syria terhadap kerajaan pimpinan presiden Bashar al-Assad.

Tetapi, keadaan menjadi semakin bertambah rumit apabila munculnya gerakan IS secara tiba-tiba. Dari celah mana munculnya IS?

Manusia bernama Bashar al-Assad mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh demokrasi di Syria atau bumi Arab. Namun, ada dakwaan menyatakan bahawa dibelakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada agenda sulit yang lebih besar.

Sesudah tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989, ramai yang mengharapkan politik dunia akan membawa keamanan sejagat untuk umat manusia. Malangnya, harapan ini meleset.

Perang terus bergolak. Dari wilayah ke satu wilayah. Dari satu negara, ke negara lain. Dari satu benua ia merebak ke benua lain pula. Sehinggalah ia melarat ke bumi bertuah Syria.

Ia terus berlangsung atas pelbagai alasan, demokrasi, perbezaan pandangan dan agama. Bunyinya lunak, namun ada sesuatu yang lebih besar daripada semua itu.

Punca Peperangan Di Dunia

Dollar and Oil

Apa yang kita perlu fahami, punca segala punca yang menyebabkan peperangan berlaku adalah kerana satu perkara - minyak aka petroleum.

Pandang semula kebelakang dan lihat kepada sejarah. Sejarah membuktikan bahawa antara penyebab Perang Dunia Kedua berlangsung adalah disebabkan perebutan telaga minyak.

Ini kerana, bahan bakar adalah asas utama penggerak sistem ekonomi kapitalis. Tanpa minyak, sistem ekonomi ini akan runtuh.

Cuba fikirkan sejenak. jika kita membeli minyak dari stesen Petronas, kita menggunakan ringgit Malaysia. Kalau kita membeli minyak di Thailand, kita wajib menggunakan Bath. Tetapi jika Malaysia dan Thailand mahu membeli minyak dipasaran dunia, negara ini wajib membayar menggunakan Dolar. Mengapa mesti dolar?

Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan Dolar. Inilah hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faisal pada tahun 1972, ketika Dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Arab Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dunia mewajibkan minyak dibeli dengan Dolar!

Negara Islam Diserang Kerana Minyak

AS serang Iraq

Dalam dunia hari ini, banyak negara yang tidak memiliki minyak. Tetapi negara-negara ini memerlukan minyak. Apabila minyak terus didagangkan dengan Dolar, nilai matawang itu akan terus kukuh. Kukuhnya Dolar bermaksud periuk nasi pemodal kapitalis masih selamat.

Maka kerana itulah apabila Saddam Hussein mahu menjual minyak tanpa menggunakan Dolar, Saddam Digulingkan dan dihukum gantung. Muammar Gaddafi juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu memperdagangkan minyak dengan matawang lain.

Inilah punca peperangan. Alasan demokrasi atau memiliki senjata nuklear hanyalah wayang semata-mata. Selepas Iraq jatuh, adakah senjata nuklear ditemui?

Walhal, Amerika Syarikat yang bukan dikalangan negara OPEC tidak semena-mena pula menjadi ketua untuk mengawal jual beli minyak di dunia. Tidakkah ini sangat janggal?

Negara Penyimpan Minyak Terbesar Dunia

Arab Saudi memiliki simpanan minyak terbesar dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran dan Iraq. Iraq sudah dibakul sampahkan. Justeru, negara Iran perlu ditundukkan.

Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan Dolar, sudah pasti ekonomi Amerika akan terjejas.

Perlu diingat bahawa, Iraq dahulu sebuah negara yang bebas dan merdeka. Iraq tidak membenarkan syarikat minyak asing masuk untuk membuat cari gali. Tetapi kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon Mobil termasuklah Petronas.

Yang masih berdegil melarang syarikat luar daripada mencari gali minyak dinegara mereka hanyalah Iran.

Desas-desus mengatakan, untuk menundukkan Iran, Syria perlu dijatuhkan terlebih dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang rapat semenjak zaman Khomeini.

Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian untuk bantu-membantu daripada aspek ketenteraan.

Justeru, wajib disedari bahawa jika Iraq hanya pengeksport petai, jering dan cencaluk, pasti Iraq tidak akan diserang pada tahun 2001. Jika Iran hanya memiliki budu, maka Iran juga tidak perlu diserang.

Siapa Kumpulan IS (The Islamic State)?

IS (The Islamic State)

Lalu timbul persoalan, bagaimana pula IS ini muncul? Bukankah pergolakan di Syria disebabkan perang saudara dan penentangan rakyat terhadap kerajaan?

Benar, ia perang saudara antara Sunni dan Syiah. Benar, ia juga penentangan rakyat terhadap kerajaan. Tetapi tidakkah kita terfikir, sejak tahun 1946 selepas Syria merdeka, masyarakat Syaih dan Sunni disana hidup harmoni.

Jika ada pun perbalahan, hanya pergolakan kecil. Tetapi kini kenapa tiba-tiba ia menjadi begitu tegang? Bunuh-membunuh anatara satu sama lain?

Sedarilah bahawa semua ini berlaku kerana adu domba. Rakyat dibenua Arab sedar musuh utama mereka yang sebenar adalah Amerika yang mahu merampas telaga minyak. Namun, secara licik musuh utama menyelinap untuk melaga-lagakan mereka.

Syiah perlu memusuhi Sunni, Sunni pula wajib memusuhi Syiah. Puak Syiah dibunuh, tuduhan dihalakan pada Sunni. Begitulah juga sebaliknya.

Sudut pandang warga ini terhadap Amerika dan Israel serta-merta telah kendur. Kini musuh utama Sunni adalah Syiah.

Dengan tak semena-mena, IS yang didukung oleh puak Sunni pula muncul. Agenda yang dibawa ialah untuk mengembalikan pemerintahan Islam dan khalifah. Bunyinya sedap, sehingga ia menjerat pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia.

Tapi, Islamkah kalau memenggal kepala hidup-hidup? Khalifahkah jika sesuka hati membunuh?

Pengganas No 1 Di Dunia

USA is terrorist

Pasti ada yang tertanya-tanya, Arab Saudi dan Qatar juga ada minyak tetapi kenapa negara ini tidak diserang? Jawapannya mudah. Kerana telaga minyak di sana dikawal selia oleh Amerika!

Sebelum terlupa, kita juga wajib sedar bahawa selain memperdagangkan Dolar, Amerika juga adalah penjual senjata antarabangsa terbesar di dunia!

Ekonomi Amerika juga sangat bergantung kepada perdagangan senjata. Untuk itu, peperangan perlu terus berlangsung.

Jika dunia aman tanpa peperangan, bagaimana peluru, roket, pistol, mesin gun dan jet pejuang mereka hendak dijual?

Semua ini adalah propoganda Amerika dan musuh-musuh Islam.

Anda fikirlah sendiri!

BACA INI JUGA: Keajaiban Mayat Pejuang Syria Gagal Dicincang Tentera Syiah

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon