Tuesday, March 25, 2014

Bakar Kulit Untuk Kelihatan Cantik!


Info Kesihatan. Demi untuk cantik, perasaan takut dan rasa sakit ditolak ke tepi. Sebahagian wanita di China, sanggup mengambil risiko dengan meletakkan api dimuka semata-mata ingin kelihatan sihat dan muda.

Huo Liau

Rawatan kecantikan menggunakan api sebenarnya bukanlah perkara luar biasa di China. Malah, penduduk di sana telah mengetahui perkara ini sejak lama dahulu.

Mereka menamaknnya sebagai 'Huo Liau', yang bermaksud rawatan api. Ia merupakan satu bentuk terapi alternatif yang diamalkan secara meluas dan sangat popular di kalangan penduduk China.

Huo Liau biasanya dilakukan di pusat rawatan kecantikan atau salon. Boleh dikatakan, hampir kebanyakan tempat seperti itu menawarkan terapi api kepada orang ramai.

Prosedur kecantikan pelik ini biasanya dimulakan dengan merendam tuala muka ke dalam cecair alkohol dan sedikit ubat sebelum dilekapkan ke muka pelanggan.

Huo Liau [2]

Tuala tersebut kemudian dinyalakan dengan api dan dibiarkan terbakar selama seminit atau lebih.

Kebaikan rawatan ini dikatakan mampu merangsang sel-sel baru dan menegangkan kedutan sehingga kulit tampak lebih muda.

Rawatan api tidak hanya terhad diletakkan di muka untuk tujuan kecantikan tetapi kaedah sama juga digunakan pada mana-mana bahagian badan.

Antaranya, belakang badan, kaki, perut dan kepala. Cara ini dipercayai mampu menjadi penawar ajaib dalam merawat sakit sendi, insomnia, senak, obesiti dan selsema.

Huo Liau [3]

Walaupun kaedah ini dikatakan selamat dan tidak berbahaya, tetap timbul persoalan dan keraguan tentang keberkesanannya.

Adakah rawatan api benar-benar memberi kesan positif seperti didakwa?

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon