Oct 4, 2014

GUSTAVE, Pembunuh Paling Berprofil Tinggi!

Kalau ingin menyenaraikan nama-nama pembunuh paling berprofil tinggi dalam sejarah dunia yang serba rakus ini, mungkin nama ini menjadi satu-satunya nama bukan manusia dalam senarai tersebut, selagi anda masih percaya yang Jack The Ripper seorang manusia.

GUSTAVE

Semua lagenda pemakan manusia walau sehebat dan segagah mana mereka membunuh, tetap akan berakhir dan akhirnya mati ~ kecuali GUSTAVE!

Di benua Afrika, di ceruk sebuah negara bernama Burundi yang huru-hara dengan pelbagai konflik, tinggal seekor pemangsa yang tenang, seekor buaya terbesar di Sungai Nil dengan panjang kira-kira 6 meter dan seberat hampir satu tan.

Malah, GUSTAVE mungkin seekor haiwan pemangsa paling besar di benua Afrika!

Menurut penduduk tempatan dan juga Patrice Faye (lelaki Perancis yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menangkap haiwan itu).

Gustave merupakan nama samaran yang diberikan oleh Faye yang sehingga tahun 2004 telah pun membunuh sekurang-kurangnya 300 orang mangsa.

Walaupun masih hidup dan aktif membunuh, reputasinya sebagai pemakan manusia telah menjadikannya lagenda.

Malah, kisah sebenar Gustave telah difilemkan, (Primeval 2007), walaupun diakui ramai sebagai antara filem terburuk tahun itu.

Primeval 2007

Penduduk tempatan mendakwa, Gustave membunuh untuk keseronokan, bukannya untuk menghilangkan rasa laparnya.

Gustave, selepas membunuh mangsanya dalam setiap serangan, akan menghilangkan diri selama berbulan-bulan, malah bertahun-tahun dan kemudian muncul semula di lokasi yang lain untuk membunuh.

Tiada siapa dapat menjangkakan bila dan dimana Gustave akan muncul lagi selepas itu. Gustave dikatakan turut mempunyai selera makan yang besar, ada khabar angin mendakwa, binatang buas itu pernah membunuh dan membaham seekor badak air dewasa (seekor haiwan yang sangat kuat dan merbahaya yang biasanya dielak oleh kebanyakan buaya).

Tubuh Gustave membawa bersama pelbagai parut hasil tikaman pisau, anak panah, malah tembakan senjata api.

Dibahagian atas kepalanya, terdapat kesan peluru yang sepatutnya menamatkan riwayat haiwan itu.

Malah, semua pemburu termasuk sepasukan tentera bersenjata, gagal membunuhnya!

BACA INI JUGA: Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon