Mar 5, 2015

Misteri Pembunuh Di Tempat Duduk Belakang

Misteri pembunuh di tempat duduk belakang (Killer In The Backseat) adalah antara urban-legend bertemakan jenayah yang cukup terkenal terutamanya di Amerika Syarikat dan England yang mana pertama kali dicatat dalam bentuk teks pada tahun 1968 oleh Carlos Drake.

Killer In The Backseat

Sebagai seorang pemandu, antara perkara yang paling tidak disenangi selain terperangkap dalam kesesakan jalan raya adalah saat bila mana terpaksa memandu seorang diri di kala lewat malam.

Lebih-lebih lagi bagi seorang gadis, macam-macam perkara malang boleh terjadi tanpa jaminan. Waktu itu jugalah terngiang bermacam-macam cerita di benak; dengan filem-filem seram yang ditonton semalam, tambah dengan email berantai dan nota-nota yang dikongsi di laman Facebook.

Lagenda ini kerap-kali dikisahkan dari zaman ke zaman kononnya melibatkan seorang perempuan yang sedang memandu dan diekori oleh sebuah kereta atau trak tidak dikenali.

Pengejar misteri itu memancarkan lampu tinggi, mengekori rapat wanita itu, malah sehingga satu tahap melanggar belakang kenderaan dipandu wanita tadi.

Sehinggalah akhirnya wanita tadi berjaya sampai kerumah, baru dia sedar yang rupanya pemandu tadi cuba memberi amaran bahawa terdapat seorang lelaki (mungkin pembunuh, perogol atau pesakit mental) sedang bersembunyi dibelakang kerusi.

Setiap kali lelaki itu bangun untuk menyerang wanita tadi, pemandu dibelakang menggunakan lampu tinggi untuk menakutkannya.

Dalam sesetengah versi, pemandu wanita tersebut dikatakan berhenti untuk mengisi petrol dan pembantu kedai memanggilnya untuk masuk ke dalam kononnya ada masalah berkaitan dengan kad kredit.

Wanita itu yang curiga terpaksa akur untuk masuk kedalam. Didalam stesen, pemandu tadi bertanya kepada wanita itu adakah dia mengenali lelaki yang sedang menyorok dikerusi belakang kereta milik wanita itu

Versi yang kedua tadi mungkin bunyinya sangat familiar memandangkan penulis sendiri pernah terbaca kisah seumpamanya di note Facebook dan mesej berantai kononnya kejadian itu berlaku di Malaysia.

Itulah yang lazimnya dengan mesej-mesej berantai ini, sekali rupa-rupanya urban-legend mat salleh sebenarnya.

Kisah ini mempunyai moral yang serupa, betapa jangan mudah curiga dalam menilai seseorang; sama ada yang nampak ganas macam pemandu trak atau pun yang serupa bangla penjaga stesen minyak.

Siapa tau, mungkin mereka inilah yang mungkin menyelamatkan anda..

BACA INI JUGA: 10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Jangan menilai perwatakan dari raut rupa. Kadang cold blooded killer watak dan wajahnya
biasanya tampak baik, ramah dan penuh simpati.

Hhuhu mlm buta tgk tajuk pon dah seramm

mak aihh seramnya.. zaman sekarang ni saya bkn takut dengan hantu tapi lebih takut dengan manusia yg perangai lebih lgi dari antu...

Meremang bulu roma saya bila terkenangkan ada pembunuh.yang berada di tempat duduk belakang kereta saya.

Tak kiralah sama ada perkara mcm ni benar berlaku atau tak di kalangan kita. Tapi sepatutnya kita berhati2.. malang tak berbau & susah klu berlaku mcm ni...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon