Sunday, December 13, 2015

Sindrom Williams, Penyakit Terlebih Mesra


Sindrom Williams ialah sejenis penyakit berkaitan genetik yang muncul ketika bayi dilahirkan.

Williams syndrome

Setiap bayi yang baru lahir berpotensi menghidap penyakit yang jarang sekali kita dengar ini. Biasanya gejala sindrom ini boleh dikesan sejak bayi berada dalam kandungan lagi.

Diklasifikasikan sebagai salah satu masalah perubatan melibatkan penyakit kardiovaskular, gejala Sindrom Williams turut membantutkan pertumbuhan dan perkembangan bayi, mengakibatkan ketidakupayaan pembelajaran.

Berdasarkan maklumat daripada Williams Syndrome Association, nisbah untuk kebarangkalian bayi menghidap sindrom ini ialah 1 daripada 10 ribu orang diseluruh dunia.

Kebanyakan kanak-kanak sindrom ini mempunyai persamaan pada wajah mereka. Hidung yang sedikit kecil tetapi terjuih keatas, bibir lebih lebar, dagu yang kecil serta keadaan mata yang sedikit sembap.

Sungguhpun dikelaskan sebagai penyakit genetik, Sindrom Williams bukanlah penyakit yang diwarisi daripada ibu bapa.

Sebaliknya sebahagian daripada cebisan kromosom nombor tujuh yang memproses protein bagi menghasilkan elastin telah hilang.

Kromosom

Williams syndrome - Kromosom

Setiap manusia mempunyai 46 jenis kromosom yang menyimpan lebih tiga ribu gen didalamnya.

Apabila berlaku kecacatan pada kromosom, secara tidak langsung akan memberi komplikasi terhadap tubuh termasuk jantung.

Ditemui buat kali pertama oleh Doktor J. Williams sekitar tahun 1965, penghidap sindrom ini mengalami kesukaran untuk bercakap.

Apabila mereka membesar, golongan ini menghadapi masalah dengan ruang, nombor dan keadaan abstrak membuatkan mereka sukar untuk bekerja.

Sangat mesra

Williams syndrome - Music

Seperkara yang unik mengenai penghidap Sindrom Williams ialah golongan ini sangat mudah mesra.

Kanak-kanak penghidap Sindrom Williams amat memerlukan perhatian daripada ibu bapa kerana mereka tidak takut kepada orang asing yang tidak dikenali.

Kanak-kanak penghidap sindrom ini akan cuba mencari perhatian daripada orang asing yang berada berhampiran dengan menghulurkan tangan minta didukung. Sesiapa saja yang lalu dihadapan mereka juga akan disapa dengan ramah.

Selain mudah ketawa serta peramah, memori pendengaran mereka juga sangat tinggi. Mereka juga mempunyai potensi cemerlang dalam muzik dan meminati bunyi-bunyian.

Namun, mereka mudah berasa cemas dan sensitif kepada bunyi bising yang datang secara tiba-tiba seperti bunyi deruman enjin kereta yang kuat, begitu juga bunyi speaker yang mengeluarkan frekuensi yang tinggi.

BACA INI JUGA: Pelik! Tradisi Membiarkan Mayat Reput Dibawah Pokok

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Kali pertama cik akak dengar sindrom william nie....info yang wajib ibu bapa ambil tahu...

    ReplyDelete
  2. banyak pulak iklan..kekadang baru bukak article keluar iklan..terus hang...malas aku nak baca lagi website ni...dah la banyak copy paste tanpa usul periksa...unfavourite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la wahai pembaca. Kalau anda membaca ini, tips ketika membaca menggunakan smartphone, kalau keluar iklan, sila BACKSPACE sekali dan iklan akan hilang. Selamat membaca..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon