Nov 1, 2015

Kipas Tangan Bahasa Komunikasi Cinta

Menurut sejarah, sebelum wujudnya kipas elektrik, kipas tangan atau dikenali sebagai kipas lipat telah digunakan oleh manusia zaman dahulu.

Kipas+Lipat [2]

Lebih 3,000 tahun lamanya objek ini telah digunakan oleh bangsa Mesir, Yunani, Rom dan China.

Ketika itu, kipas lipat digunakan sebagai alat penyejuk badan. Namun, keadaan ini berbeza dengan masyarakat di China. Mereka menjadikan kipas tangan sebagai salah satu watak mitos dan bahan bersejarah.

Sesetengah daripada kipas tangan diperbuat daripada bulu merak. Corak unik yang memperlihatkan mata pada bulu menyebabkan ia sering menjadi pilihan. Tambahan pula, simbol berkenaan dikatakan memiliki unsur perlindungan kepada penggunanya.

Secara umumnya, kipas tangan pada abad ke 16 hingga 18 tidak berfungsi sebagai alat penyejuk semata-mata.

Kipas tangan penggunaannya lebih meluas dalam bidang fesyen.

Komunikasi Cinta

Kipas+Lipat

Penggunaan kipas tangan juga sangat berkait rapat dalam komunikasi masyarakat Barat suatu ketika dulu.

Bermula dari abad ke 16, bahasa komunikasi cinta diantara lelaki dan wanita adalah melalui gaya kipas.

Bentuk bahasa isyarat mengenai maksud pergerakan kipas telah diterbitkan dalam sebuah buku berbentuk etika dan beberapa majalah dengan tajuk, 'The Original Fanology or Ladies Conversation Fan'.

Bahasa isyarat unik ini telah ditulis oleh Charles Francis dan diterbitkan William Cock di London pada tahun 1797.

Didalamnya terkandung butiran mengenai cara untuk mengadakan perbualan lengkap melalui pergerakan kipas dengan mudah.

Info ringkas bahasa isyarat kipas tangan;
  • Meletakkan kipas tangan pada bahagian tengah hati - Saya cintakan awak
  • Kedudukan kipas dekat dengan mata kanan - Dimana saya boleh berjumpa awak
  • Menyentuh hujung kipas dengan jari - Saya harap dapat bercakap dengan awak
  • Kipas dikembangkan dan diletakkan pada pipi kanan - Ya
  • Kipas dikembangkan dan diletakkan pada pipi kiri - Tidak
  • Mengipas secara perlahan - Saya sudah berkahwin
  • Mengipas dengan laju - Saya sudah bertunang
  • Memusingkan kipas menggunakan tangan kanan - Saya sukakan yang lain
  • Memusingkan kipas menggunakan tangan kiri - Kita sedang diperhatikan
  • Tutup kipas secara perlahan - Saya berjanji akan berkahwin dengan awak
  • Membuka kipas dengan luas - Tunggu saya

Itulah sebahagian daripada sejarah asas kemunculan kipas tangan.

Menarik kan?

BACA INI JUGA: Unik! Kipas Tangan Yang Di Jadikan Senjata

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Baru tahu ada maksud bahasa isyarat melalui kipas tangan..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon