Wednesday, November 25, 2015

Kisah Kolonel Sanders (KFC) Yang Ramai Orang Tak Tahu


Siapa yang tidak mengenali Kolonel Harland David Sanders, pengasas restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken, KFC yang turut menjadi simbol kepada syarikat berkenaan.

Kolonel Sanders Quotes

Bagi yang belum kenal, beliau merupakan seorang lelaki tua berjanggut, berbaju putih serta berkaca mata yang sering dipertontonkan KFC di khalayak ramai. Itulah Kolonel Sanders.

Kolonel Sanders dilahirkan pada 9 September 1890 di Henryville, Indiana, Amerika Syarikat. Pada usia 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia manakala ibunya tidak mampu bekerja lagi sehingga beliau terpaksa menjaga adik lelakinya yang baru berumur 3 tahun.

Bila bercerita tentang Kolonel Sandlers, pasti ramai sudah tahu bagaimana resepi ayam gorengnya telah ditolak sehingga 1009 kali oleh individu dan pemilik restoran pada mulanya.

Bagaimanapun, bukan itu yang mahu diceritakan kali ini tapi di bawah, kami bawakan 7 fakta menarik mengenai pengasas Kentucky Fried Chicken ini yang mungkin anda tidak tahu.

1. Kolonel Sanders bukan seorang kolonel tentera

Kolonel Sanders sememangnya seorang kolonel, tetapi beliau tidak memperoleh pangkat itu ketika berkhidmat dalam tentera.

Beliau memperoleh jawatan tersebut daripada Gabenor Lawrence Wetherby, wakil kerajaan negeri Kentucky yang membawa gelaran Kolonel Kentucky kepada dirinya.

Tiada kewajipan yang perlu dilaksanakan dan tiada gaji yang diterima sepanjang menggunakan gelaran ini.

2. Kehidupannya penuh dengan kegagalan

Ketika Sanders baru berusia 6 tahun, bapanya pulang dari kerja dalam keadaan demam dan meninggal dunia pada hari sama.

Ibunya kemudian berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh Sanders dan terpaksa meninggalkan sekolah ketika berada di gred 7 untuk melepaskan diri daripada keluarga.

Sebagai seorang dewasa pula, beliau pernah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk askar, bomba dan jurujual insurans.

Selepas berkahwin Sanders ditinggalkan isteri selepas ditangkap menipu di samping sering bertukar pekerjaan.

Kemudiannya beliau mendapat ijazah dalam undang-undang, namun sekali lagi dipecat kerana terlibat dalam pergaduhan di tempat kerja dengan pelanggan sendiri.

3. Beliau menjual ayam goreng di stesen minyak

Sanders pernah bekerja sebagai jurujual di Kentucky untuk syarikat tayar Michelin sebelum hilang kerja pada tahun 1924 apabila Michelin menutup kilang mereka di New Jersey.

Pengurus Besar Standard Oil of Kentucky kemudian menawarkannya peluang menjalankan perniagaan sendiri di Nicolasville, KY.

Kemudian Sanders telah diberikan ruangan di stesen minyak di North Corbin, KY dengan sewa percuma. Di sinilah Sanders mula menjual ayam goreng di sebuah negara yang gemarkan ham dan steak pada waktu itu dan ianya adalah sesuatu yang janggal.

4. Beliau menjual perniagaan dengan harga $2 juta

Pada tahun 1964, Sanders telah berjaya mengendalikan francais perniagaan ayam goreng beliau. Walau bagaimanapun, akibat tekanan kerja yang berlebihan beliau berasa tidak mampu untuk mengendalikan lagi perniagaan tersebut.

Oleh sebab itu, beliau menjual perniagaan KFC dengan harga $2 juta dan gaji tahunan $40,000 kepada sekumpulan pelabur.

5. Kolonel Sanders mengutuk restorannya sendiri

Setelah perniagaan KFC dijual, pemilik baru KFC masih menggunakan imej korporat sedia ada dengan mengangkat kolonel Sanders sebagai duta syarikat tersebut di mana beliau melakukan penjelajahan ke seluruh negeri di Amerika untuk merasai sendiri ayam goreng yang dihasilkan oleh KFC di restoran berbeza.

Jika tidak suka dengan apa yang dilihat atau dimakan, Sanders akan memberitahu staf terbabit menggunakan kata-kata kesat dan sumpah seranah.

6. Beliau membuka restoran seumpama KFC

Disebabkan perasaan tidak puas hati dengan kualiti makanan yang dihasilkan oleh KFC selepas francais itu dijual, Sanders memutuskan untuk membuka restoran yang bakal bersaing dengan KFC menerusi produk sama dikenali sebagai “The Colonel’s Lady”.

KFC menyaman Sanders atas pembukaan restoran tersebut dan mereka memenangi kes ini dengan pampasan $1 juta dolar.

Selepas kes terbabit, Sanders menjual restoran itu kepada pemilik baru. Restoran itu sehingga kini masih wujud di Shelbyville, KY tetapi lebih dikenali sebagai “Claudia Sanders Dinner House”.

7. Beliau meninggal dunia ketika berusia 90 tahun

Pada bulan Jun 1980, Sanders disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun sama di sebuah Hospital Yahudi di Loiusville, KY kerana menghidap radang paru-paru.

Sehingga kematiannya, Sanders masih membuat penampilan klasiknya dengan mengenakan sut putih dan janggut putih.

Menarikkan fakta mengenai Kolonel Sanders.

BACA INI JUGA: 10 Harta Karun Yang Masih Belum Ditemui!

Sumber: mynewshub

2 comments

  1. hebat SP boleh dapatkan banyak informasi...tahnia ,..menarik ni..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon