Wednesday, August 05, 2015

Wap Rokok Elektronik Tidak Beri Kesan Pada Sel


Wap rokok daripada rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Wap Rokok Elektronik
Gambar hiasan.

Wakil jurucakap British American Tobacco, Dr Marina Murphy berkata, ia merupakan hasil kaji selidik terbaru melibatkan dua jenis rokok elektronik yang dilakukan di Southampton, Britain, baru-baru ini.

Penyelidik dari British American Tobacco dan MatTek Corporation menggunakan kombinasi ujian yang unik untuk mengkaji potensi dan kesan buruk wap rokok elektronik terhadap tisu yang menjadi laluan udara manusia dan membandingkannya dengan kesan asap rokok.

Dengan menggunakan robot yang dibentuk mempunyai laluan udara manusia sebagai subjek ujikaji, ia berupaya untuk menunjukkan bahawa aerosol yang digunakan oleh rokok elektronik tidak memberi sebarang kesan perubahan sel kepada tisu laluan udara manusia.

Kaedah terbaru kajian itu juga akan digunakan bagi tujuan meningkatkan mutu dan kualiti kawalan bagi produk mereka di masa hadapan.

Wap rokok elektronik boleh mengandungi nikotin, humectants, bahan perasa dan produk degradasi termal. Oleh itu, pemahaman tentang impaknya terhadap sistem biologikal manusia adalah amat penting.

Sehingga kini, belum ada sebarang ujian aerosol berkenaan potensi kesan buruk wap rokok elektronik ke atas model di makmal yang menyerupai struktur dan fungsi tisu laluan udara manusia.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Penyelidikan dan Pembangunan British American Tobacco, Marina Trani berkata, hasil kajian itu membuktikan pendedahan berterusan wap rokok elektronik ke atas manusia adalah sama seperti menghirup udara biasa.

Hasil kajian menunjukkan bahawa asap rokok berupaya mengurangkan keboleh hidupan sel kepada 12 peratus (kadar hampir kematian sel) selepas enam jam.

Manakala, aerosol yang dihasilkan oleh dua jenis rokok elektronik pula tidak menunjukkan sebarang penurunan dari segi keboleh hidupan sel walaupun didedahkan selama enam jam secara berterusan, hasilnya adalah sama seperti sel yang didedahkan kepada udara biasa.

Pada ketika ini, tiada ukuran seragam bagi ujian di dalam makmal atau in vitro aerosol rokok elektronik.

Namun, protokol yang dihasilkan mungkin amat berguna untuk membantu proses di mana garis panduan ini dapat dikembangkan.

BACA INI JUGA: Batu Pelik Yang Merokok Seperti Manusia

Sumber: Sinarharian.com.my

1 comment

  1. Tak kira la. Kesannya masih nampak berasap dan berkabus...huhu :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon