Saturday, October 12, 2013

Peranti Paling Laris Di Amazon.com


Kami yakin anda yang gemarkan urusan jual beli secara ‘online’ biasa mendengar laman transaksi Amazon.com yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah gajet terkini.

Chromecast

Sebenarnya, kami bukan mahu bercerita mengenai laman ini, tetapi ingin berkongsi maklumat terbaru mengenai gajet yang paling mendapat sambutan daripada para pembeli.

Jika terdetik perkataan Apple atau Samsung di kotak fikiran anda, sila padam jawapan itu cepat-cepat ya!

Most popular on Amazon com

Ini kerana, gajet yang terkini memonopoli jualan di Amazon.com ialah Chromecast, sebuah alat peranti kecil yang membolehkan anda melayari video dan muzik secara ‘online’ di televisyen.

Baru ‘berusia’ dua bulan di pasaran, peranti ini dijual dengan harga RM111.53 dan boleh dikategorikan sebagai agak murah berbanding peranti lain yang mempunyai fungsi yang hampir sama.

Kelebihan Chromecast yang lain ialah, ia tidak hanya terhad kepada satu platform sahaja.

Walaupun dihasilkan oleh Google, peranti ini dapat disambungkan pada iPhone atau iPad serta pengguna Android sekaligus memberi peluang kepada pengguna telefon pintar atau komputer untuk menonton video dan muzik kegemaran di televisyen.

Memang menarik!

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon