Dec 4, 2015

Kenapa Air Hujan Tawar?

Berdasarkan taksiran ahli geologi, jumlah kandungan air tawar di bumi adalah sebanyak 325 juta kubik.

Air Hujan

Daripada jumlah itu, 97.5 peratus adalah air masin dilautan. Manakala air tawar pula hanyalah 2.5 peratus.

Melihat kepada fakta ini, pernahkah anda terfikir, kenapa air hujan rasanya tawar sedangkan sebahagian besar air hujan yang turun adalah berasal dari air laut?

Para pengkaji telah lama berusaha mengkaji dari mana datangnya titisan air yang turun sebagai hujan ke bumi.

Persoalan itu kekal misteri untuk beberapa lama, sehinggalah teori kitaran air ditemui oleh Bernard Palissy pada abad ke 16, barulah manusia memahami punca kewujudan air di muka bumi.

Kitaran air atau kitaran hidrologi diterjemahkan sebagai satu pergerakan yang berterusan dan tidak pernah berhenti, dari atmosfera ke bumi dan kembali semula ke atmosfera melalui fasa-fasa tertentu.

Dengan kata lain, kitaran air tiada titil permulaan, namun saintis yakin tempat permulaan terbaik ialah lautan.

Dianggarkan, setiap tahun lebih kurang 500,000 kilometer kubik air dipermukaan bumi berubah menjadi gas ke dalam atmosfera.

Daripada jumlah itu, lebih kurang 430,000 kilometer kubik air mengewap dari lautan dan selebihnya, 70,000 kilometer kubik air berasal dari daratan bumi.

Dan seperti yang kita tahu, air laut memiliki sifat masin kerana mengandungi garam NaCI.

Kadar garam NaCI dalam laut ialah sebanyak 3.5 peratus. Suatu keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai untuk diminum atau untuk tanaman.

Jadi, untuk mengeluarkan larutan garam dalam air laut, matahari akan menggerakkan kitaran hidrologi dengan memanaskan air laut.

Apabila pemanasan berlaku, air dari laut dan air darat akan mengewap. Angin kemudian membawa wap-wap ke atmosfera seterusnya membentuk awan lalu turun sebagai hujan.

Misalnya, apabila semangkuk bekas berisi air laut dijemur atau dipanaskan diatas api, air akan mengewap. Wap-wap air ini kemudian tersejat ke atmosfera dan yang tinggal hanyalah hablur garam.

Demikianlah yang terjadi bilamana proses kitaran hidrologi berlaku pada permukaan air laut, akhirnya menjawab persoalan kenapa air hujan tidak berasa masin walaupun sebahagian besarnya berasal dari lautan.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "...maka terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan. Kalau Kami kehendaki nescaya Kami jadikan ia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?" Surah Waaqi'ah ayat 68-70.

Hujan yang sifatnya tawar ini merupakan rahmat Allah bagi semua makhluk di alam semesta dan turunnya bukanlah sia-sia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira, menjelang kedatangan rahmatNya (hujan) dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.." Surah Al-Furqaan ayat 48

Pada dasarnya air hujan sangat bersih, namun pencemaran udara akibat perbuatan manusia kini telah banyak mempengaruhi tahap kebersihan air hujan.

Walaupun Allah tidak pernah mengubah rasa air hujan, yang menjadikannya berubah rasa dan tidak selamat adalah berpunca daripada kelalaian manusia itu sendiri.

BACA INI JUGA: Penciptaan Allah Yang Paling Menakjubkan

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Hebatnya aturan yang ditetapkan oleh Allah..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon