Mar 21, 2015

Coco De Mer, Buah Kelapa Paling Besar Di Dunia

Coco de meer merupakan buah kelapa paling besar di dunia. Buah ini dikatakan hanya boleh didapati di kepulauan Maldives.

Coco De Mer

Mitos yang beredar tentang asal-usul buah kelapa ini dikatakan berasal dari sebatang pokok di bawah air. Sebab itulah ia diberikan nama Coco De Mer, atau kelapa laut.

Namun, kebenaran itu akhirnya diketahui pada pertengahan abad 18.

Benih misteri buah kelapa ini datang dari jenis pokok sawit dan hanya boleh ditemui kepulauan Seychelles, sekumpulan kecil gugusan pulau di Lautan Hindi.

Kumpulan terbesar Coco De Mer boleh ditemui di Vallee de Mai, pulau Praslin.

Coco De Mer dijangka hidup selama beratus-ratus tahun dan salah satu fakta menarik tentang Coco De Mer adalah bahawa, ada pokok jantan dan pokok betina. Untuk pokok betina menghasilkan buah, harus didebungakan oleh Coco De Mer jantan.

Coco De Mer [2]

Jadi, pokok dewasa dari kedua jenis harus hadir untuk spesies ini bertahan di alam liar.

Buah Coco De Mer betina kelihatan seperti jantung, besar dan berwarna hijau. Tapi di dalamnya adalah benih yang mampu mencapai berat sehingga 20 kg.

Uniknya, sebiji buah Coco De Mer mempunyai lebih dari satu biji.

Perkara ini tidak menghairankan malah Coco De Mer telah berjaya disenaraikan ke dalam The Guinness Book of Records sebagai buah benih terbesar di dunia.

Walaubagaimanapun, sehingga setakat ini, belum ada mangsa dilaporkan akibat ditimpa buah ini.

Namun, anda dinasihatkan untuk tidak melawat Vallee de Mai semasa cuaca ribut.

BACA INI JUGA: 10 Buah-buahan Paling Mahal Di Dunia

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

ada ya buah kelapa sebesar itu begitu banyak fakta yang belum kita ketahui sebelumnya

subhanalloh kelapa juga ada yang paling besar iya hmm baru tahu :)

Besar dan nampak pelik buahnya. Terlalu banyak lagi perkara pelik di dunia ni kan..

Assalammuaklaikum... SP,

buah kelapa nie... nampak pelik kan... perkongsian yang bagus nie... dapat tambah pengetahuan datang sini...

mmg besar tapi dah tak de sabut lak ...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon