Sep 25, 2015

Anak Yang Dikongkong Tidak Bahagia

Satu kajian mendapati bahawa ibu bapa yang terlalu mengongkong serta mengawal tingkah laku anak-anak boleh menyebabkan mereka mengalami kemurungan sekali gus mengakibatkan kerosakan mental.

Leter anak

Lebih buruk, kesan trauma yang dialami dikatakan sama seperti kehilangan orang tersayang.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Unit Majlis Penyelidikan Perubatan (MRC) untuk Kesihatan Jangka Panjang dan Penuaan Kolej Universiti London, England mendapati, tabiat menghalang anak-anak daripada membuat keputusan sendiri dalam hidup dan mengganggu privasi mereka adalah salah satu bentuk kawalan psikologi yang tidak elok.

Salah seorang penyelidik, Dr. Mai Stafford berkata, keputusan kajian mendapati anak-anak yang dikawal ibu bapa biasanya tidak gembira dan akan terlalu bergantung apabila mereka dewasa kelak.

“Jika seorang anak berkongsi tentang apa yang mereka rasa dengan ibu bapa, mereka akan menjadi rapat dengan ibu bapa dan ini dilihat dapat menghalang gangguan emosi apabila mereka dewasa kelak,” kata Stafford.

Kajian itu yang diterbitkan dalam The Journal of Positive Psychology itu dijalankan ke atas 5,362 individu yang lahir sekitar tahun 1946 dengan 2,000 daripadanya menamatkan soal selidik menjelang umur 60 tahun.

Hasil kajian menunjukkan kawalan daripada bapa memberi kesan buruk kepada mental anak-anak apabila mereka menginjak usia 60-an, manakala kawalan daripada ibu pula memberi kesan ketika anak-anak berumur 40-an.

BACA INI JUGA: Kaedah Fonik, Anak Tiga Tahun Boleh Membaca!

Sumber: Kosmo.com.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

beri kebebasan tetapi pantau dan selalu bertanya perkembangan pelajaran dan aktiviti di sekolah ..biasa remaja ni suka ingin tahu...tak bijak ibubapa terlalu kongkong

beri kebebasan tp ada hadnya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon