Jul 17, 2014

Kasih Anak Kecil Untuk Ibu

Ikatan kasih sayang antara seorang ibu dan anak memang tiada batasnya. Meskipun baru berusia dua tahun, seorang anak kecil di daerah Shuyang, Jiangsu, China, sudah mengenal erti kasih sayang dan amat menyayangi ibunya.

Zhang Rongxiang

Pada bulan disember 2010, seorang wanita bernama Zhang Rongxiang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya. Kejadian yang menimpa Zhang ini telah mengubah hidupnya selepas itu.

Disebabkan impak yang teruk dalam nahas tersebut, dia berada dalam keadaan koma dan doktor menjangkakan dia tiada peluang untuk pulih semula untuk menjalani kehidupan normal semula.

Doktor juga mendapati Zhang sedang hamil dan kandungannya yang berusia empat bulan dalam keadaan yang baik.

Selepas lima bulan dirawat dihospital, Gao Dejin telah menjaga Zhang dirumah sehinggalah dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna menerusi pembedahan pada tahun 2011.

Anak kecil yang baru dilahirkan ini diberi nama Gao Qianbo, merupakan anak ketiga pasangan tersebut.

Sejak kecil, Gao akan sentiasa setia berada disisi menemani ibunya. Dia akan berinteriaksi dan berbual dengan ibunya walaupun wanita itu berada dalam keadaan koma.

Zhang Rongxiang [2]

Dengan kuasa Allah, setelah 30 bulan berada dalam keadaan koma, satu keajaiban telah berlaku apabila Zhang tiba-tiba tersedar daripada koma pada bulan Mei selepas mendengar suara anaknya.

Selepas sedar dari koma, Zhang masih tidak dapat bergerak dan hanya terbaring diatas katil. Walaupun begitu, dia boleh menelan makanan walaupun tidak mampu mengunyahnya.

Mungkin kerana rasa sayang terhadap ibunya, anak kecil ini tanpa disangka telah melakukan sesuatu yang mampu menyentuh perasaan sesiapa yang melihatnya.

Gao telah mengunyah makanan untuk ibunya yang tidak berdaya itu dan kemudian menyuapkan makanan itu menerusi mulutnya ke mulut ibunya sehingga Zhang menitiskan air mata selepas apa yang Gao lakukan untuknya.

Dia tersenyum melihat anaknya kerana bangga dikurniakan seorang anak yang baik dan penyayang.

Walaupun anak kecil itu tidak dapat merasai belaian kasih sayang dari ibunya, dia tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap insan yang dipanggil ibu.

Zhang Rongxiang [3]

Keluarga berkenaan kini mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan dan sudara mara mereka.

Begitulah kisah kasih sayang seorang anak kepada ibunya yang tidak berbelah bahagi. Pasti sesiapa pun akan rasa bertuah jika mempunyai anak yang baik seperti Gao.

Sudahkah anda berbakti dan menunjukkan kasih sayang kepada ibu anda?

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Allahualbar...tersentuh jiwa rasanya...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon