Saturday, April 05, 2014

Rahsia Penawar Ajaib Daripada Kunyit


Info Kesihatan. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma Longa adalah rempah biasa yang banyak digunakan dalam masakan serta dijadikan bahan sampingan jamu.

Rahsia Penawar Daripada Kunyit

Di dalam perubatan tradisional Melayu, Ku­nyit adalah herba masakan utama yang digunakan dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan paling mujarab.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kehebatan herba ini walaupun di peringkat dunia, ia antara tumbuhan penting dalam perubatan.

Kunyit menjadi herba penting dalam sistem perubatan tradisional Cina dan India. Kini, khasiatnya diperakui pakar hospital ternama di Amerika dan Eropah.

Rahsia penawar daripada kunyit ini adalah warna kuningnya yang dinamakan curcumin.

Profesor Gerard Bodeker_Curcumin
Bodeker menunjukkan buku mengenai herba tradisional Malaysia.

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford Profesor Gerard Bodeker, curcumin adalah bahan aktif utama yang mampu menguatkan sistem imunisasi badan daripada serangan penyakit.

“Curcumin adalah antara bahan penyembuh terbaik di dunia perubatan tradisional dan moden. Sebiji pil dari ekstrak curcumin bersamaan mengambil 20 sudu teh serbuk kunyit yang terdapat di setiap dapur.

“Ia mempunyai keupayaan antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi akar umbi penyakit kanser,” katanya.

Curcumin
Curcumin.

Menjelas lanjut, Bodeker berkata, curcumin bukan saja mampu bertindak sebagai penawar, malah mengandungi komponen bio-aktif polyphenol yang membantu mencegah tanda awal kanser.

“Apa yang lebih menakjubkan mengenai curcumin, ia bersifat anti radang dan antioksida yang berkesan untuk meng­halang penyakit, sekali gus membolehkan seseorang itu mencapai tahap kesihatan optimum,” katanya.

BACA INI JUGA: Penawar Gout, Mudah Dan Murah

Sumber: Hmetro Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon