Sunday, October 13, 2013

Menjadi Jutawan Selepas Berpura-pura Jadi Kaya


Lelaki itu termanggu. Krisis ekonomi dunia yang melanda Amerika pada 1929 benar-benar membuatkannya terduduk. Dia hilang kerja, kereta dan rumahnya terpaksa digadaikan.

Girls with money
Gambar hiasan.

Wang simpanan kian menipis. Hidupnya semakin susah. Bagaimana hendak menanggung isteri dan anak-anaknya kelak. Puas dia ke sana ke mari, bertanya jika ada peluang kerja. Tetapi hampa. Kejatuhan ekonomi yang parah menutup peluang pekerjaan.

Lelaki itu tertekan. Kerap duduk termenung seorang diri. Kerana kecewa, dia meminta si isteri meninggalkannya. Baginya, dia tidak mampu lagi untuk menjadi suami yang baik.

Dalam senyum, si isteri tetap sabar di sisinya. Berusaha membuatkan si suami tertawa dan sentiasa menanamkan dalam jiwa lelaki itu bahawa impiannya untuk berjaya tidak mustahil berlaku.

Pada waktu malam, untuk menghilangkan tekanan, lelaki itu bermain sebuah papan permainan berkaitan jual beli hartanah.

Bersama si isteri, mereka berpura-pura menjadi golongan jutawan yang mampu membeli hartanah dan membangunkannya diatas papan permainan tersebut.

Dari situ, lelaki itu mula mendapat idea. Dia mula mereka sebuah papan permainan hartanah yang diilhamkan sendiri dengan banyak penambahan lain. Dia turut memasukkan unsur-unsur baru seperti penggunaan kad, pembelian rumah, gedung, hotel dan sebagainya.

Lelaki itu mencipta sistem ekonomi melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah menggunakan wang mainan dalam rekaannya itu. Isteri dan anaknya turut membantunya melukis dan mewarnakan lakaran konsep permainan yang direkanya itu.

Monopoly
Papan permainan Monopoly.

Dengan bantuan seorang rakan yang mempunyai mesin cetak, lelaki itu mencetak lakaran permainannya pada kadbod dalam kuantiti yang kecil dan menjual permainan itu disebuah pasar raya di Philadelphia. Tanpa diduga ia mendapat sambutan hebat.

Setelah berasa yakin dengan idea papan permainan yang diilhamkannya, lelaki itu cuba menawarkan kerjasama dengan Parker Brothers, sebuah syarikat besar yang memasarkan beberapa papan permainan di pasaran.

Malangnya, tawaran lelaki itu ditolak kerana beranggapan produk yang dipatenkannya tidak mungkin akan laku.

Tidak mahu mengaku kalah, lelaki itu menggunakan semula wang hasil jualan permainannya di sebuah pasar raya kecil sebelum itu sebagai modal untuk memasarkan lebih banyak papan permainan ke serata tempat.

Melihat sambutan yang mengejutkan daripada pembeli, akhirnya Parker Brothers akur dan sedia bekerjasama dengan lelaki tersebut.

Pada tahun 1935, akhirnya permainan yang bernama MONOPOLY dipasarkan ke serata tempat dan menjadi hit di pasaran.

Sebanyak 20 ribu set papan permainan dihasilkan setiap minggu, menjadikan ia salah satu papan permainan paling laris jualannya di Amerika Syarikat sebelum berkembang ke seluruh dunia.

Charles Darrow
Charles Darrow.

Ia dipasarkan ke lebih 100 negara dan turut diterjemahkan dalam hampir 40 bahasa.

Hidup lelaki itu juga berubah. Daripada hidup dalam kesukaran, dia menjadi kaya-raya. Bergelar jutawan pertama untuk golongan pereka alat permainan.

Nama lelaki itu, Charles Darrow.

Walaupun Charles sudah meninggal dunia pada 29 Ogos 1967, legasi Monopoly (nama yang diambil sempena konsep monopoli dalam teori ekonomi) tetap berkembang hingga ke hari ini.

BACA INI JUGA: Tak Habis-habis Kisah Janda Kaya Yang Kehausan

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon