Nov 20, 2015

Penggunaan Keterlaluan Antibiotik ‘Lahirkan’ Kuman Kebal Penyakit!

Penggunaan keterlaluan ubatan antibiotik bakal mewujudkan keadaan di mana kuman atau bakteria dalam tubuh manusia menjadi lebih kebal atau digelar ‘superbug’ dalam istilah kesihatan.

Antibiotik ‘Lahirkan’ Superbug

Isu penyalahgunaan antibiotik bukanlah baharu namun ia perlu diberi perhatian serius dan dibendung oleh semua pihak.

Fenomena ini sememangnya sudah dijangka terutamanya di kalangan komuniti yang kini menuju ke arah menjadi negara maju. Ini dapat dilihat dalam trend sejarah banyak negara-negara lain seperti United Kingdom dan Ireland.

Antara faktor penyumbang ke arah fenomena ini adalah persepsi masyarakat itu sendiri yang beranggapan bahawa rawatan antibiotik berkesan untuk semua penyakit.

Lantaran itu, sebahagian masyarakat turut memberi tekanan kepada doktor agar memberikan preskripsi antibiotik. Dilaporkan kini bahawa penggunaan antibiotik secara tidak betul semakin serius.

Ia membimbangkan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, ekoran kesan ubat itu selama ini dianggap menjadi kebal daripada melawan penyakit.

Antibiotik merupakan ubat yang banyak menyelamatkan nyawa pesakit daripada jangkitan bakteria serius, namun sering disalahgunakan untuk mengubati penyakit yang tidak memerlukannya.

Akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu, keberkesanan antibiotik untuk mengubati penyakit atau jangkitan semakin berkurangan kerana jangkitan yang disebabkan oleh bakteria sering kali gagal bertindak balas terhadap rawatan standard.

Masyarakat perlu tahu bahawa kebanyakan penyakit berjangkit seperti selesema, batuk, bersin, demam biasa, cirit-birit, dan muntah-muntah adalah daripada virus dan bukannya kuman.

Untuk jangkitan virus, antibiotik bukan sahaja tidak berguna, malah tiada peranan langsung. Pesakit mungkin hanya akan mendapat kesan sampingan dan apabila badan didedahkan berkali-kali dengan dos antibiotik yang tidak perlu, kuman-kuman lain dalam badan akan bertindak balas dengan memperkuatkan biologi mereka sehingga akhirnya kuman ini kebal terhadap antibiotik.

Pada masa akan datang, mereka yang sering kali terdedah kepada pengambilan antibiotik tidak terkawal dan tidak diperlukan badan mungkin tidak akan memberikan respon lagi terhadap antibiotik dan seterusnya memerlukan antibiotik yang lebih kuat dan lebih mahal kosnya.

Contoh mudah yang boleh dilihat hasil daripada penyalahgunaan antibiotik ialah peningkatan kes-kes bakteria kebal seperti methicillin resistant staphylococcus aureus (mrsa) serta vancomycin-resistant staphylococcus aureus (vrsa).

Para doktor kini turut disarankan agar tidak akur pada permintaan pesakit sebaliknya bertanggungjawab menerangkan dan mendidik mereka akan akibat penyalahgunaan antibiotik sebagai usaha membendung perkara itu daripada menjadi semakin buruk.

Walaubagaimanapun, kemungkinan pelbagai persepsi atau masyarakat akan melabelkan sesebuah klinik atau hospital sebagai tidak bagus sekiranya permintaan mereka untuk mendapatkan antibiotik tidak dipenuhi akan timbul.

Perlu ditegaskan bahawa antibiotik bukanlah sejenis ubat yang mudah dibeli melalui kaunter klinik atau farmasi sebaliknya perlu mendapatkan kebenaran dan preskripsi daripada doktor. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Petua Merawat Demam Selsema Tanpa Memakan Ubat

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Makin bergantung makin lama semakin memudaratkan...

selalu ambil ubat antibiotik memnag ada kesan buruk jika terlalu kerap ambil tu SP. satu ketagihan..akan berlaku..sebaiknya ubatann tradisional dan herba yng terbaik...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon