May 18, 2015

Habbatus Sauda, Ubat Penawar Semua Penyakit Kecuali Mati

Habbatus Sauda adalah makanan tambahan atau suplemen daripada bijian tumbuhan yang digelar the black seed, jintan hitam atau habbah barakah.

Habbatus Sauda

Pengambilan Habbatus Sauda mampu memusnahkan sel tumor dengan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan B cell.

Habbatus Sauda mampu bertindak sebagai antibiotik iaitu agen pemusnah virus bagi penyakit cirit-birit, kolera, radang paru-paru, penyakit kulit termasuk kudis dan bisul.

Pengambilan secara berterusan mampu menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan daya ingatan, serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak selain memperbaiki pengaliran darah ke otak.

Ini bukannya omongan kosong sebaliknya disokong pelbagai kajian saintifik. Antaranya, kajian pakar perubatan dari Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, Amerika Syarikat, University Munich Germany, Kings College London, Departmen of Biology Riyadh, College of Medicine King Faisal University, University of Colombo, Amerika Syarikat.

Malah, tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Sina dalam karya, The Canon of Medicine, turut menyatakan kehebatan Habbatus Sauda.

Namun, pengiktirafan paling besar ialah riwayat daripada Imam Bukhari melalui sabda Nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Habbatus Sauda itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati."

BACA INI JUGA: Daun Ketum, Herba Penawar Mujarab Penyakit Kencing Manis

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Dalam sunnah pasti ada kejayaan.. begitu juga dgn sabda Baginda Rasulullah saw. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah saw..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon