Tuesday, December 16, 2014

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Dunia


Kebanyakan daripada duit syiling termahal dunia datangnya daripada Amerika Syarikat kerana mereka mempunyai sejarah duit syiling yang lebih lama daripada Malaysia dan juga jumlah pengumpul duit lama yang lebih ramai daripada Malaysia.

Jika hendak dikira dari segi harga sahaja, duit syiling termahal didunia pastinya duit syiling Australia seberat satu tan (1000 kilogram) yang diperbuat daripada emas, Perth Mint 1 tonne gold Kangaroo coin yang berharga lebih daripada $55 juta dollar.

Namun, duit syiling tersebut bukanlah duit edaran (circulation) atau duit yang digunakan, ianya lebih kepada duit syiling emas untuk pelaburan dan pameran.

Apa yang saya kongsikan disini adalah senarai duit lama yang digunakan didalam edaran, rare kerana jumlah tempaannya yang sedikit atau kebanyakan darinya telah dilebur ketika zaman perang.

1794 Flowing Hair Dollar
Harga: USD$10,016,875

1794 Flowing Hair Dollar

Pada 24 Januari 2013, duit syiling ini sekali lagi telah memecah rekod duit syiling termahal. Syiling ini telah dijual melalui satu acara lelongan oleh Stack’s Bowers, pada harga USD$10,016,875 termasuk premium pembeli.

Pada Mei 2010, duit syiling ini dijual dengan harga $7,850,000 dollar oleh Steven L. Contursi, daripada Rare Coin Wholesalers kepada Cardinal Collection Educational Foundation California.

Namun, jual beli ini bukan melalui acara lelongan awam, ianya lebih kepada jual beli biasa. Kebanyakan daripada pengumpul duit lama tidak bersetuju duit syiling ini sebagai yang termahal di dunia.

Menurut pengkaji sejarah numismatik, Jack Collins, hanya ada lebih kurang 100-120 duit syiling Flowing Hair Dollar tahun 1794 yang masih ada di dalam pasaran dan simpanan kolektor.

Duit yang dijual ini mendapat gred Specimen-66 oleh PGCS (Professional Coin Grading Service).

$15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB
Harga: USD$7.4 juta

$15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB

Duit syiling 1787 Brasher Doubloon adalah duit syiling pertama Amerika yang ditempa pada nilai dollar. Ianya ditempa oleh Ephraim Brasher, seorang tukang emas dan juga jiran kepada George Washington.

Pada bulan Disember 2011, Blanchard and Co. sebuah syarikat yang menjual duit syiling dan logam berharga dari New Orleans telah menjual duit syiling $15 dollar 1787 Brasher Doubloon EB pada harga $7,400,000 dollar kepada sebuah syarikat pelaburan yang tersenarai di Wall Street.

$20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle
Harga: USD$6.6 juta

$20 1933 Saint-Gaudens Double Eagle

Pada 30 Julai 2002, duit syiling emas 1933 double eagle ini telah dijual kepada pembida anonymous di lelongan yang di anjurkan oleh Sotheby's auction di New York pada harga $6.6 juta dollar.

Jika dicampur dengan premium pembeli sebanyak 15% dan juga nilai muka $20 untuk menjadikannya legal tender, jumlah keseluruhan harga yang perlu dibayar oleh pembeli tersebut adalah $7,590,020 dollar.

Kebanyakan pengumpul duit lama masih lagi memilih duit syiling ini sebagai yang termahal didunia pada ketika ini.

Duit syiling double eagle yang di lelong oleh Sotheby dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir.

445,500 keping duit syiling ini ditempa pada 15 Mac 1933, seminggu selepas Presiden Franklin Roosevelt mengarahkan US Treasury menghalang pelepasan semua emas milik Amerika.

Pada tahun 1937, kesemua duit syiling itu dilebur dan dijadikan kepingan emas. Sepatutnya, hanya tinggal dua keping duit syiling yang disimpan di Smithsonian Institution.

Namun, ada juga duit syiling yang terlepas dari dileburkan, dicuri oleh pekerja Philadelphia Mint dan dijual kepada Israel Switt.

1804 Silver Dollar
Harga: USD$4.14 juta

1804 silver dollar

Duit syiling 1804 silver dollar ini yang mendapat gred 'Proof-68' daripada PGCS telah dijual melalui acara lelongan oleh Bowers and Merena pada 30 Ogos 1999 pada harga $4.14 juta dollar.

Duit syiling ini berharga mahal kerana keunikan sejarahnya. Syiling ini juga di antara duit syiling yang paling banyak ditiru.

Oleh itu, jika anda mempunyai duit syiling ini dan ingin bertanya kepada saya jika ianya tulen atau tidak, jawapan saya duit syiling itu adalah palsu.

Duit syiling 1804 silver dollar terbahagi kepada 3 kelas dan terdapat 15 specimen berbeza.

Pada 17 April tahun 2008, duit syiling ini juga ada dilelong oleh Heritage Auction dan berjaya mendapat harga $3,737,500 dollar.

1913 Liberty Head Nickel
Harga: USD$3,737,500 juta

1913 Liberty Head nickel

Pada Januari 2010, duit syiling ini telah terjual melalui acara lelongan oleh Heritage Auction dengan harga $3,737,500 dollar.

Duit syiling 5 cent 1913 yang juga dikenali sebagai Olsen specimen adalah yang termahal dan terkenal.

Ini kerana ianya pernah digunakan didalam TV siri Hawaii Five-O (tajuk episod: "The $100,000 Nickel", disiarkan pada 11 Disember 1973) dan juga dikatakan pernah dimiliki oleh Raja Farouk dari Mesir.

Duit syiling ini mendapat gred Proof-64 daripada PGCS dan juga NGC.

BACA INI JUGA: 5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

Sumber: Malaysiancoin

20 comments

  1. edunnnn bener bener mahal tuh gan :3

    ReplyDelete
  2. Berita baik untuk yang berminat mengumpul wang syiling :D:D

    ReplyDelete
  3. Salam saya ada duit liberty tahun 1799 nak jual tapi x tau kat mana nak jual,,siapa ada idea tolong pass

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh rujuk dilaman web Malaysiancoin.com untuk sebarang pertanyaan :)

      Delete
    2. Saya pun ada 2 syiling monalisa liberty 1799 dan pada kepak helang tidak ada sebarang tulisan. Rasanya ada 2 version yang 1 lg ada tulisan dikepak helang tersebut. Tp yg saya punya dua2 xde sebarang tulisan. Klu ada tempat nk jual kita bleh jual sama2. Sila hubungi no saya 0102922921. Tq

      Delete
  4. Assalammualaikum..saya mempunyai wang syiliñg 50sen 1969..
    syiling 50sen 1969 for sale..
    For more infomation..pm
    0145147446

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum..saya mempunyai wang syiliñg 50sen 1969..
    syiling 50sen 1969 for sale..
    For more infomation..pm
    0145147446

    ReplyDelete
  6. Salam sye nak tnye ckit..sye ade syiling 1 CENT COMMISSIONERS OF CURRENCY MALAYA 1939
    GEORGE VI KING EMPEROR...nk jual tpi xbrape phm kt mne..

    ReplyDelete
  7. Saya ada duit taun 1950 boleh jual tak

    ReplyDelete
  8. Slam...sye ade duit mcm2 sperti 50 terbelah 20 sen 10 sen....smua ade...pm...0168949074

    ReplyDelete
  9. Slam...sye ade duit mcm2 sperti 50 terbelah 20 sen 10 sen....smua ade...pm...0168949074

    ReplyDelete
  10. Slam...sye ade duit mcm2 sperti 50 terbelah 20 sen 10 sen....smua ade...pm...0168949074

    ReplyDelete
  11. Slam...sye ade duit mcm2 sperti 50 terbelah 20 sen 10 sen....smua ade...pm...0168949074

    ReplyDelete
  12. SAYA ADA BERAPA OLD COIN FROM US NAK JUAL

    ReplyDelete
  13. BOLEH WHATAPPS SAYA 0163656976

    ReplyDelete
  14. anjrit kalau punya satu aja, lumayan bisa buat modal nikah ehhehe

    ReplyDelete
  15. Salam sy ada memiliki matawang lama 1CENT SETTLEMENTS VICTORIA QUEEN 1804 .
    Dan sebahagian lg dr koleksi simpanan wang lama sy .
    Jika ada yg berminat call sy
    0177169129

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon