Friday, May 15, 2015

Benarkah Syaitan Punca Manusia Menguap?


Ahli sains masih berdebat mengapa kita selalu menguap. Dan sesetengah orang percaya, kita menguap apabila tidak cukup udara dalam bilik atau kekurangan oksigen dalam otak.

Menguap

Kita juga menguap tatkala hendak tidur dan sewaktu bangun dari tidur. Teorinya, situasi itu menunjukkan pernafasan kita lemah dan menguap memberi kita peluang menyedut udara segar ke dalam paru-paru.

Tetapi, ahli sains menganggap teori ini mengarut. Mereka meletakkan orang yang sedang menguap di dalam bilik yang penuh dengan oksigen, dan mereka masih menguap!

Sesetengah orang berfikir, apabila kita menguap, secara automatik ia bertujuan untuk meregangkan otot-otot leher.

Ada yang berpendapat apabila kita menguap ia bertujuan untuk mendapatkan lebih oksigen ke dalam saluran darah kita. Teorinya, menguap membantu badan kita berfungsi lebih baik dengan meregangkan otot pernafasan.

Hakikatnya, ahli sains masih gagal menemui jawapan kenapa manusia dan sesetengah haiwan seperti mawas dan cimpanzi sering menguap.

Semasa zaman pertengahan, sebelum ahli sains cuba mengenal pasti punca manusia menguap, orang menganggap syaitan menyebabkan mereka menguap. Kononnya syaitan akan masuk ke dalam roh manusia apabila menguap.

Paling melucukan, teori yang sering diutarakan bahawa mungkin kita mendapat jangkitan menguap daripada nenek moyang evolusi manusia iaitu spesis mawas dan cimpanzi seperti yang dicetuskan oleh Charles Darwin.

Jika anda pergi ke zoo, cuba perhatikan, jika seekor mawas menguap, semua mawas lain dalam kandang itu pasti akan menguap sama.

Mike Meredith dari Program Neurosains di Florida State University percaya jangkitan menguap merupakan suatu tindak balas biasa.

"Hanya dengan melihat atau terdengar bunyi menguap, menyebabkan semua orang mula menguap," katanya.

Hakikatnya, ini hanya teori. Saintis masih belum dapat menemui jawapan sahih mengapa manusia menguap!

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Perkataan Baik Mampu Mempengaruhi Makanan!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon