Jul 13, 2014

Luarbiasa! Perkataan Baik Mampu Mempengaruhi Makanan!

Diam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik. Ertinya, semua orang suka akan kata-kata baik dan memuliakan. Tiada siapa pun yang suka kata-kata yang menyakitkan, keji lagi menghina.

Smile
Gambar hiasan.

Rupanya, impak daripada kata-kata positif dan negatif bukan sahaja sangat mempengaruhi emosi seseorang tetapi benda hidup yang lain juga merasai kesan yang sama.

Satu kajian yang dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto, seorang penyelidik dan penyembuh alternatif dari Jepun membuktikan bahawa kekuatan kata-kata positif dan kata-kata negatif sangat mempengaruhi keadaan seseorang atau benda secara keseluruhannya.

Hasil penemuan itu dibuktikan menerusi satu kajian eksperimen. Dalam uji kaji tersebut, Dr. Emoto meletakkan nasi ke dalam tiga bekas balang kaca dan dibezakan mengikut label.

Balang pertama, dilabelkan dengan menulis kata-kata ucapan 'terima kasih'. Pada balang kedua ditulis dengan kata-kata tidak elok seperti 'awak bodoh'. Sementara balang ketiga pula diabaikan tanpa sebarang kata-kata.

Dr. Emoto kemudian mengarahkan kanak-kanak sekolah untuk membaca setiap tulisan pada bekas tadi. Proses itu dilakukan setiap hari sebelum meninggalkan sekolah. Nak tahu apa yang terjadi kepada nasi-nasi itu?

Dr. Masaru Emoto Rice Experiment

Hasil keputusan eksperimen sangat luar biasa. Selepas 30 hari berlalu, nasi dalam tiga bekas balang tadi menunjukkan perubahan di luar jangkaan.

Didapati, nasi di dalam balang yang diberikan kata-kata yang baik mula menapai dengan aroma yang menyenangkan. Kekal elok dan hampir tidak berubah. Manakala nasi lain mula berkulat, kehitaman dan membusuk.

Eksperimen nasi adalah satu lagi kajian popular yang dilakukan oleh Dr. Emoto dalam membuktikan keajaiban berfikiran positif dan implikasi mengucapkan kata-kata negatif.

Sebelum ini, dia turut terkenal dengan hasil uji kaji terhadap molekul air yang kemudiannya dipaparkan dalam bentuk filem dokumentari berjudul, What The Bleep Do We Know?!, pada tahun 2004.

Jika nasi mampu menerima kesan sebegitu hebat, manusia apatah lagi. Manusia merupakan makhluk paling sempurna kerana memiliki kesemua sifat makhluk ciptaan Tuhan.

Misalnya, sifat tabiat daripada tumbuhan, sifat nafsu daripada haiwan, sifat sombong dan angkuh daripada Syaitan dan sifat akal dan hikmah daripada Malaikat.

Bertambah sempurna, manusia diberikan otak dan akal untuk berfikir, membezakan kemudian memilih sama ada hendak berbuat baik atau sebaliknya.

Dr. Emoto

Sebab itulah mengapa sejak dari kecil lagi kita dididik untuk bercakap perkataan yang baik dan menghindari perkataan buruk. Malah, kita juga disuruh berlemah lembut dalam setiap pertuturan dan perbuatan serta sentiasa menjaga hati orang lain dalam hubungan sosial.

Perkataan mempunyai nilai kuasanya yang tersendiri. Ertinya, kita akan berasa seronok mendengarkan kata-kata yang baik dan lembut berbanding bahasa kasar dan penghinaan yang hanya membuatkan kita rasa murung serta tidak bermotivasi.

Makanya, kita perlulah lebih berhati-hati untuk menyebut atau memilih perkataan yang boleh mengubah emosi seseorang.

Terdapat kajian menunjukkan orang yang cepat mati ialah mereka yang memiliki nama yang pelik kerana tertekan akibat sering diejek sepanjang hidup. Kecuali, dari segi psikologi, kita menerima diri sendiri tanpa syarat, maka orang lain boleh berkata apa saja tanpa sedikit pun menjejaskan kehidupan.

Dr. Masaru Emoto Rice Experiment [2]

Individu yang berfikiran positif sebeginilah yang mampu meneruskan hidup walaupun sering diejek atau dipersendakan dengan teruk sekali.

Namun, berapa ramai daripada kita yang mampu melarikan diri daripada rasa sedih dan malu akibat diperlakukan seperti itu?

Jadi, berkatalah dengan perkataan yang baik-baik sahaja..

BACA INI JUGA: Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

berkatalah yg baik demi kebaikan ...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon