Sep 13, 2014

Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal

Dalam sejarah memang terdapat banyak konspirasi dan komplot untuk membunuh pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Adolf-Hitler
Adolf Hitler.

Tidak kurang daripada 15 percubaan telah dilakukan dan yang paling hampir adalah usaha terakhir dalam komplot membunuh Hitler pada 20 Julai 1944.

Komplot itu sebenarnya dirancang selepas percubaan Mejar Jeneral Henning von Tresckow gagal pada 13 Mac 1943.

Beliau telah meletakkan bahan letupan yang disembunyikan dalam botol minuman keras di dalam kapal terbang yang dinaiki Hitler tetapi tidak meletup kerana masalah teknikal.

Plot 20 Julai adalah usaha terakhir pemberontak untuk menamatkan riwayat pemimpin diktator itu.

Mengikut perancangan, selepas membunuh Hitler mereka akan mengambil alih kuasa dengan mengaktifkan kod operasi sedia ada yang telah diubah.

Tresckow bersama-sama dengan Jeneral Friedrich Olbricht dan Kolonel Claus von Stauffenberg telah mengubah suai pelan tindakan yang dikenali sebagai Valkyrie dengan tujuan untuk menggunakan Askar Simpanan Jerman untuk mengambil alih bandar-bandar di Jerman dengan membubarkan kuasa dan menahan organisasi separa tentera, Schutzstaffel (SS) dan pasukan polis khas gerakan anti-Hitler, Geheime Staatspolizei (GESTAPO) yang berkhidmat untuk Parti Nazi.

GESTAPO
GESTAPO.

Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan persidangan tentera pada 20 Julai 1944 di pusat ketenteraan Hitler yang dikenali sebagai Wolf's Lair di Rastenburg, Poland.

Kolonel Claus von Stauffenberg adalah individu penting yang berperanan dalam melakukan percubaan membunuh Hitler dengan meletakkan bom semasa persidangan itu.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semasa persidangan baru bermula, Stauffenberg telah menggunakan bilik air di situ untuk mengaktifkan sebuah bom jangka di dalam begnya.

Hitler-Assassination
Keadaan bilik selepas letupan bom.

Setelah diaktifkan, dia mempunyai masa 10 hingga 15 minit untuk keluar dari bilik persidangan sebelum ia meletup.

Dia kemudiannya memasuki bilik persidangan dan dengan berhati-hati meletakkan beg tersebut di bawah meja persidangan.

Beberapa minit selepas itu, Stauffenberg menerima satu panggilan telefon yang telah dirancang dan meninggalkan bilik persidangan untuk menjawab panggilan tersebut dan terus bergegas keluar setelah meletakkan telefon.

Kolonel Claus von Stauffenberg
Kolonel Claus von Stauffenberg.

Sebaik sahaja Stauffenberg meninggalkan bangunan, satu letupan kuat telah meletus pada pukul 12.45 tengah hari.

Yakin bahawa Hitler telah terbunuh dalam letupan itu, Stauffenberg menghubungi Jeneral Olbricht untuk segera mengaktifkan operasi Valkyrie dan bergegas ke Berlin.

Olbricht kemudian menemui Komander Pasukan Askar Simpanan Jerman, Friedrich Fromm dan mengatakan bahawa Hitler telah terbunuh dan mendesak Fromm supaya menyertai mereka.

Fromm yang tidak percaya terus menghubungi Marsyal Lapangan, Wilhelm Keitel yang berada di Wolf's Lair untuk pengesahan dan diberitahu bahawa Hitler masih hidup.

Hitler terselamat dadripada letupan bom dan hanya mengalami beberapa luka terbakar dan luka kecil. Seramai empat orang pegawai terkorban manakala yang lain hanya mengalami kecederaan.

Friedrich Fromm
Friedrich Fromm.

Fromm menolak untuk memberikan kerjasama dan dia telah dikurung di sebuah bilik. Olbricht mengambil alih kuasa Fromm dan mengerahkan Askar Simpanan Jerman untuk menahan ahli SS, GESTAPO dan Pegawai Nazi. Dia juga mengeluarkan perintah untuk merampas pelbagai bangunan kerajaan di beberapa buah bandar.

Mejar Otto Ernst Remer, pegawai yang mengetuai Askar Simpanan Jerman telah datang ke ibu pejabat ketua propoganda parti Nazi, Joseph Goebbels, untuk menahannya. Tetapi Goebbels mempunyai berita lain untuk Remer.

Dia telah menghubungi Hitler dan memberikan telefon kepada Remer. Apabila mendengar suara Hitler, Remer menyedari bahawa Askar Simpanan Jerman telah ditipu dan dipergunakan untuk merampas kuasa daripada Hitler.

Selepas itu, operasi Valkyrie dihentikan serta-merta dan Hitler memerintahkan kesemua pemberontak ditangkap.

Pada pukul 1 pagi, 21 Julai 1944, suara Hitler kedengaran melalui gelombang udara radio dan beliau telah membuat pengumuman yang mengatakan bahawa telah berlaku percubaan pemberontak untuk membunuhnya dan dia terselamat.

Hitler-Assassination Failed
Pakaian Hitler koyak rabak.

Remer bersama Askar Simpanan Jerman pergi ke markas di Bendlerblock dan kemudian menahan kesemua mereka. Fromm yang ditahan oleh pemberontak telah dibebaskan dan dia kemudian mengarahkan hukuman mati dikenakan kepada Jeneral Friedrich Olbricht, Kolonel Albrecht von Mertz Quirnheim, Kolonel Claus von Stauffenberg dan beberapa Leftenan Werner von Haeften.

Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain dihukum tembak pada masa itu juga. Seramai hampir 5,000 orang pemberontak telah diburu, diseksa dan dibunuh.

Ramai di antara ahli pemberontak telah dibicarakan di mahkamah dan menerima hukuman gantung dengan tali menggunakan piano yang disangkut di pencangkuk daging!

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Kalau dah belum ajalnya sampai...buatlah operasi apapun, pasti gagal!

Banyak cubaan membunuh beliau.. tapi beliau selamat & mengukir sejarah sbg iktibar buat kita semua ttg betapa jahatnya Yahudi.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon