Tuesday, March 15, 2016

6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia!


Pulau buatan, bukan sebuah pulau semulajadi, dibina melalui kebijaksanaan, kemajuan teknologi dan kejuruteraan pembinaan masa kini.

Hartanah evolusi ciptaan manusia bernilai berbilion yang wujud di lautan kini menjadi aset yang begitu mahal dan bernilai tinggi.

Dibawah ini, melalui petikan dari blog sahabat, Khirkhalid.com, merupakan 6 Pulau Buatan Manusia Paling Mengagumkan Di Dunia.

1. The Pearl

The Pearl, Qatar

Pulau The Pearl yang terletak di Doha, Qatar adalah pulau buatan yang terbentang dengan keluasan 4 juta meter persegi.

Pulau yang terletak kira-kira 350 meter dari luar persisiran West Bay Lagoon mempunyai lebih 32 kilometer pinggir laut yang digunakan untuk pembinaan kawasan kediaman.

Dianggarkan terdapat sebanyak 15,000 kediaman pada 2010 yang dibangunkan oleh United Development Company.

2. Palm Island

Palm Island, UAE

Palm Island terletak di Dubai, United Arab Emirates (UAE) telah dibina oleh Nakheel Properties dengan teknologi dari Belgium dan Belanda.

Ia sebuah pulau yang menempatkan pusat komersil, kediaman serta mempunyai pelbagai infrastruktur.

Kehebatan teknologi dan pembinaannya telah dijadikan sebuah dokumentari untuk dipertonton ke seluruh dunia.

3. Pulau Eden

Pulau Eden, Seychelles

Pulau Eden bermula dengan sebuah idea untuk membina sebuah pulau di Seychelles. Pulau Eden akhirnya terbina dengan tebus guna tanah seluas 40 hektar dan 16 hektar lagi bagi jalan air yang bersambung ke laut.

Ia bersambung dengan pulau utama Mahe melalui sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang di ibu negeri Victoria.

4. The World (Archipelago)

The World (Archipelago)

The World adalah gagasan kepulauan buatan manusia yang mengandungi 300 pulau. Ia dibina dalam bentuk berlekuk seperti peta dataran bumi.

The World dibina kira-kira empat kilometer dari Dubai yang terletak berhampiran dengan The Palm.

Gugusan pulau-pulau dibina daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dengan jarak diantara pulau dianggarkan 100 meter. Anggaran kasar kos pembangunannya pada 2005 mencecah 14 billion.

5. Kepulauan Venetian

Kepulauan Venetian, Florida

Pulau-pulau Venetian adalah satu rangkaian pulau buatan di pantai Biscayne, Miami, Florida. Selain Pulau Biscayne, pulau-pulau yang terdapat di situ ialah Pulau Di Lido, Pulau Rivo Alto dan Pulau Belle Isle (Miami Beach).

Pulau-pulau ini disambungkan oleh jambatan dari tanah besar Florida ke Pantai Miami.

Pada Hari ini Venetian Causeway sangat popular sebagai tempat berjogging, berbasikal, beriadah, berjalan kaki dan bersiar-siar.

6. Pulau Thilafushi

Pulau Thilafushi, Maldives

Thilafushi adalah sebuah pulau buatan yang dibina sebagai sebuah pusat perbandaran diantara Kaafu Atoll Giraavaru dan Ghulhifalhu di Maldives.

Thilafushi asalnya adalah sebuah lagun yang dipanggil "Thilafalhu' dengan keluasan 77 kilometer dan kelebaran 200 meter di kawasan cetek.

Setelah tebus guna tanah dilakukan, pada hari ini Thilafushi adalah sebuah dataran dengan lebih 4.6 juta kaki persegi, dengan 1.2 juta kaki persegi daripada tanah tersebut telah digunakan untuk perindustrian.

BACA INI JUGA: Tristan da Cunha, Pulau Berpenghuni Paling Terpencil Di Dunia

1 comment

  1. Tengah kumpul duit tabung nk beli rumah kat salah satu tempat tu huhu... ntah bila cukup nk simpan duit tabung nie... :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon