Nov 9, 2014

Pengantin Yang Mahu Bahagia Selamanya

Diperkampungan Liujiazhuang dalam daerah Shandong, China, tinggal seorang wanita bernama Xiang Junfeng.

Xiang Junfeng

Usianya 47 tahun. Hidup wanita ini biasa saja, melakukan aktiviti harian seperti penduduk kampung yang lain.

Hanya satu yang agak pelik. Xiang memakai gaun pengantin setiap masa, pagi atau malam. Tidak kira ke mana dia pergi atau apa yang dilakukannya, Xiang sentiasa memakai gaunnya sekalipun turun ke sawah padi.

Bagi penduduk kampung, ia bukan perkara pelik. Mereka sudah biasa, lagipun gaun itu sudah menjadi pakaian harian Xiang sejak 10 tahun yang lalu.

Kenapa begitu? Sudah tentu ada cerita mengapa wanita periang ini memakai gaun perkahwinannya setiap hari.

Kisahnya bermula sewaktu Xiang berumur 18 tahun. Dia diculik dari kampung halamannya di daerah Jimo sebelum dijual kepada seorang lelaki tua di daerah Linyi.

Xiang dipaksa mengahwini lelaki tersebut. Namun, dia tidak diperlakukan seperti seorang isteri, sebaliknya dilayan tidak ubah seperti hamba.

Xiang dikerah melakukan pelbagai jenis kerja dan menguruskan ladang serta sawah kepunyaan lelaki tua itu.

Selepas 15 tahun menangisi nasib malang hidup dengan lelaki itu, Xiang berjaya melarikan diri pada tahun 2000. Dia nekad mahu membebaskan dirinya daripada cengkaman suami yang hanya tahu menyeksanya.

Ketika itu, Xiang hilang arah tuju. Dia tidak tahu harus kemana. Dalam pencarian itu, dia tiba diperkampungan Liujiazhuang. Di situ, dia bertemu dengan seorang wanita yang telah membantunya.

Wanita itu bagaikan penyelamat Xiang. Dia memberikannya makanan dan tempat tinggal untuk Xiang yang sebatang kara.

Tidak lama kemudian, Xiang diperkenalkan kepada adik lelaki wanita tersebut bernama Zhu Zhengliang.

Sebelum itu, Xiang tidak mahu lagi mengenali mana-mana lelaki. Pengalamannya dengan suami tuanya sebelum ini membuatkan dia takut dan menganggap semua lelaki itu jahat.

Namun, pandangannya mula berubah setelah berkenalan dengan Zhu. Lelaki itu berjaya membuka pintu hatinya. Mereka jatuh cinta dan akhirnya berkahwin pada tahun 2004.

"Saya hanya tahu lelaki jahat dan suka menyeksa saya sebelum mengenali suami sekarang.

"Dia (suami) mengubah pandangan saya dan melayan saya dengan baik.

"Saya seakan tidak percaya bila dia mengajak saya berkahwin.

"Hari perkahwinan kami adalah hari paling gembira dalam hidup saya. Kalau boleh saya tidak mahu hari bahagia itu berakhir.

"Sebab itu saya tidak mahu menanggalkan gaun pengantin ini.

"Saya mahu memakainya setiap hari kerana saya begitu gembira diberikan seorang lelaki yang baik," ujar Xiang.

Xiang Junfeng [2]

Kerana terlalu bahagia, Xiang memutuskan untuk memakai gaun pengantinnya setiap hari sejak hari pertama perkahwinannya.

Pada mulanya, sikap Xiang menimbulkan rasa pelik penduduk kampung. Namun, lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan sehinggakan mereka menggelar Xiang sebagai "Kakak berbaju pengantin".

"Gaun ini sebahagian daripada kebahagiaan saya. Saya akan sentiasa memakainya. Suami juga tidak menghalang dan kami gembira begini," katanya.

Pada mulanya, Xiang hanya memiliki sepasang gaun pengantin yang dibeli untuk hari perkahwinannya. Apabila dia nekad mahu manjadikan gaun tersebut sebagai pakaian harian, Xiang menambah tiga helai gaun lagi yang boleh dipakai setiap musim.

Kini Xiang memiliki empat pasang gaun pengantin yang dipakainya silih ganti.

Bagaimana selepas anda membacanya? Sanggup buktikan cinta sejati anda?

BACA INI JUGA: Inconnue, Wanita Yang Paling Banyak Dicium!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

macam agak susah nak buktikan dengan cara ini

Mmg dia hargai betul tu kan...

Kalau dicuba nanti orang Malaysia kata kita gila pula kan..hehe

Bukan kepalang rasa gembira yang dia alami. Mungkin dia bersyukur sangat berjaya melepaskan diri dari tangan suami yang tidak bertanggungjawab.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon