Saturday, January 25, 2014

Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman


Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan kerana kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen, namun pernahkah anda merasa rugi sekiranya berhabis untuk trend yang hanya bertahan untuk seketika sahaja?

women and fesyen

Jika ya, kami di sini ingin berkongsi dengan anda mengenai trend yang tidak 'outdated' sepanjang zaman supaya ia dapat digunakan sepanjang masa dan masih boleh membuatkan anda tampil bergaya dan 'trendy.

Skirt mini

Skirt mini

Skirt mini mula popular pada era 1960 dan sehingga kini skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai. Anda boleh menyimpan skirt mini yang anda kenakan pada usia remaja untuk anak gadis anda kerana trend skirt pendek akan sentiasa segar pada masa akan datang.

Leggings

Leggings

Ramai yang memilih legging kerana keselesaannya. Ia sangat berguna untuk mereka yang gemar mengenakan skirt yang terlalu singkat tanpa mencacatkan gaya. Bukan itu sahaja, rekaan fesyen terbaik ini memberikan ilusi bentuk kaki yang cantik kepada anda.

Jaket/Blazer

Jaket_Blazer

Jaket atau blazer boleh mengubah gaya anda dalam sekelip mata sahaja! Walaupun anda mengenakan gaun formal untuk ke pejabat, jaket kulit dapat menyelamatkan anda dengan memberikan gaya 'chic' dan kasual sekiranya mahu terus berhibur di malam hari dengan mengenakan gaun yang sama.

Gaun kembang

Gaun kembang

Trend ini mewarnai majlis karpet merah dari dahulu sehingga kini. Trend terbaik yang memberi suntikan elegan kepada gaya anda ini adalah busana mesti ada di dalam almari setiap wanita.

Kemeja T basic

Basic T Shirt

Trend ini mampu mengimbangkan gaya anda. Sekiranya seluar anda bercorak padat, kemeja-T asas boleh membuatkan anda tampak sedikit ringkas. Sekiranya anda terasa seperti mahu bermain dengan aksesori, kemeja-T mampu menyerlahkan lagi perhiasan yang dikenakan. Pendek kata, kemeja-T merupakan trend mesti ada sepanjang zaman!

Kasut 'flat'

Flat ballerina Shoes

Terima kasih kepada pencipta kasut 'flat ballerina' kerana memberi penyelesaian kepada mereka yang tidak gemar berkasut tinggi. Kasut ini fleksibel kerana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis persalinan, kasual atau formal.

BACA INI JUGA: Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon