Friday, October 04, 2013

7 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki


Pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan mungkin corak pemakanannya yang tidak memilih makanan sihat dan berkhasiat telah mempengaruhi hal ini.

Makanan Kesihatan Seksual Lelaki
Gambar hiasan.

Sangat menyihatkan untuk tenaga batin lelaki, cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?

1. Buah-buahan dan Sayuran

Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

2. Tomato

Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

3. Kacang dan Kekacang

Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

4. Labu dan Kuaci

Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

5. Tiram

Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai 'makanan anak jantan'. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

6. Pisang

Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium.

Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

7. Tongkat Ali

Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon