Thursday, October 08, 2015

Perkampungan 'Isteri Air'


Denganmal merupakan sebuah desa kecil yang terletak di wilayah Maharashtra, kira-kira 150 kilometer dari Mumbai, India.

Perkampungan 'Isteri Air'

Diperkampungan ini, hanya ada 100 buah rumah beratapkan rumbia atau jerami. Yang menyedihkan, kebanyakan keluarga disini hidup dalam kesukaran sejak sekian lama.

Denganmal tersenarai antara kampung yang sering mengalami kemarau paling buruk sejak sedekad lalu.

Sudahlah jarang hujan, bekalan air bersih juga tidak pernah ada. Mereka hanya bergantung kepada sumber air perigi yang terletak dikaki bukit dan satu lagi berada jauh diluar kawasan perkampungan.

Bukan saja jauh, perigi-perigi itu sering saja sesak dipenuhi ramai orang dan perlu menunggu lama sehingga berjam-jam dibawah cuaca panas terik.

Jadi, bagi mendapatkan bekalan air yang mencukupi, golongan suami diperkampungan ini sanggup mengahwini lebih daripada seorang wanita.

Malangnya, perkahwinan itu bukanlah atas dasar cinta tetapi hanya bertujuan untuk menugaskan isteri baru mereka mengambil air untuk keluarga.

Golongan isteri yang dipaksa berkahwin semata-mata untuk mengangkut air ini digelar sebagai 'isteri air' atau dalam bahasa tempatan dipanggil 'paaniwaali bais'.

Dalam kebanyakan kes, paaniwaali bais biasanya merupakan golongan janda atau wanita yang ditinggalkan oleh bekas suami.

Sebaik sahaja diperisterikan, mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh berkongsi tempat tidur selagi isteri pertama masih hidup dan tiada hak untuk berkongsi harta keluarga.

Selain menjalankan tgas utama mengambil air, isteri air juga harus sentiasa bersedia menerima arahan daripada isteri pertama.

Perkampungan 'Isteri Air' [2]

Setiap hari, isteri air perlu mengambil 100 liter air yang perlu dilakukan tanpa mengira masa atau keadaan cuaca.

Dan bukanlah satu perkara luar biasa apabila melihat sekumpulan isteri air berjalan kaki dibawah matahari terik dengan suhu melebihi 40 darjah selsius sambil menjinjing periuk aluminium besar berisi air diatas kepala mereka.

Dalam memikul tugas sebagai isteri air, mereka sering tidak tidur pada waktu malam, malah adakalanya mereka menggadaikan nyawa demi mendapatkan air untuk keluarga.

Bukan saja letih, tetapi kesan menjinjing air terlalu lama menyebabkan ada isteri air yang mengalami botak dikepala, sakit leher dan tulang belakang. Lebih teruk, kesuburan mereka turut terjejas sehingga sukar mengandung.

Walaupun ada isteri air yang tinggal sebumbung dengan madu mereka, masing-masing memiliki bilik tidur, bilik mandi dan dapur berasingan.

BACA INI JUGA: 7 Tips Isteri Inzal Hingga Menggeletar

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon