Saturday, June 27, 2015

Frano Selak, Manusia Paling Bertuah Di Dunia


Kisahnya telah mengejutkan ramai orang kerana sepanjang hidupnya dia telah berkali-kali ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawanya namun sangat bertuah kerana masih hidup hingga ke hari ini.

Frano Selak

Franco dilahirkan pada tahun 1929. Menurut Franco, dia ditimpa kemalangan pertama pada bulan Januari 1962. Ketika itu dia sedang menaiki sebuah kereta api dalam perjalanan daripada Sarajevo menuju ke Dubrovnik.

Tiba-tiba kereta api tersebut tergelincir dari landasan dan terjunam ke dalam sungai yang berais. Seramai 17 penumpang dilaporkan mati lemas, sementara Frano cuma mengalami hipotermia, patah lengan dan lebam.

Setahun kemudian, dia tercampak keluar dari kapal terbang dalam penerbangan dari Zagreb ke Rijeka. Kejadian berlaku selepas angin tiba-tiba bertiup kencang dari arah kokpit dan menerbangkan pintu pesawat. Bagaimanapun, dia terselamat selepas terjatuh diatas tompokan jerami besar.

Selepas koma selama beberapa hari, dia terjaga dengan hanya luka ringan. Manakala 19 orang penumpang kapal tersebut dilaporkan terbunuh.

Pada tahun 1966, dia sekali lagi ditimpa musibah. Bas yang dinaikinya telah merempuh kenderaan lain lalu terjunam ke dalam sungai. Seramai empat orang penumpang mati lemas. Frano sekali lagi bernasib baik kerana berjaya berenang menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Selepas mengalami siri kemalangan yang mampu meragut nyawanya, Frano mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan dengan menaiki kereta sendiri. Dengan harapan ia adalah cara terbaik dan selamat untuk menghindari bahaya.

Namun Frano silap. Pada tahun 1970, kereta yang sedang dipandunya tiba-tiba terbakar. Namun dia terselamat kerana sempat keluar dari kereta tersebut sebelum ianya meletup.

Tiga tahun selepas itu, keretanya terbakar lagi. Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada pam bahan apinya rosak menyebabkan petrol tersembur ke dalam enjin. Dia berjaya keluar dari perangkap maut walaupun kehilangan sebahagian besar daripada rambutnya.

Selepas terselamat dalam semua insiden itu, Frano mampu berasa lega kerana dia tidak lagi ditimpa sebarang kecelakaan. Lebih dua puluh tahun dia tidak lagi mengalami sebarang kemalangan.

Sebabnya, dia memutuskan untuk tidak lagi menaiki sebarang kenderaan. Dia merasa lebih selamat dan selesa dengan hanya berjalan kaki.

Malangnya, pada tahun 1995, dia telah dilanggar oleh sebuah bas ketika berjalan kaki di Zagreb. Namun hanya mengalami luka ringan.

Pada tahun berikutnya, Frano diuji lagi dengan kemalangannya yang ke tujuh. Ketika itu dia sedang memandu kereta melalui sebuah jalan kecil di pergunungan. Ketika itu secara tiba-tiba sebuah lori datang menuju ke arahnya dari depan dan untuk mengelak dari dirempuh, Frano nekad merempuh pagar keselamatan di tepi jalan menyebabkan keretanya terjatuh ke dalam gaung sedalam 91 meter.

Frano Selak [2]

Menakjubkan, nyawanya masih panjang. Dia berjaya melompat keluar dari kereta dan bergayut di atas pokok seperti aksi James Bond, hebat!

Dan pada tahun 2003, nasib malang Frano berubah menjadi orang yang paling bertuah di dunia apabila dia berjaya memenangi loteri bernilai $600,000 pound (RM3 juta). Sejak itu dia menjadi individu paling kaya di negaranya.

Sekitar tahun 2010, pada usia 81 tahun, Frano memutuskan untuk menjual rumah mewah dan pulau peribadinya. Wang itu diberikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekatnya. Dia kemudiannya berpindah semula ke rumah lama yang serba sederhana di Petrinja, Zagreb.

Menurut Frano, wang tidak akan mengubah apa-apa. Apa yang diperlukannya ialah Katrina, isteri kelimanya selepas perceraian terdahulu.

Kini, pada usia 86 tahun, Frano masih hidup sihat dan bahagia bersama isterinya dalam kehidupan yang serba sederhana.

BACA INI JUGA: Mereka Terselamat Dari Maut Kerana Gemuk!

-SENTIASAPANAS.COM

1 comment

  1. Kiranya dia ni insan yang bernasib baik la setakat ni..walaupon diuji dengan macam2 masih lagi bernyawa hingga kini..ni la dikatakan belum sampai ajal seseorang..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon