Apr 12, 2015

Bunga Siti Zubaidah, Tumbuhan Yang Pelik Tapi Unik

Di Malaysia, bunga Siti Zubaidah dikenali sebagai bunga tiga bulan. Gelaran ini diberi kerana bunga ini mengambil masa tiga bulan untuk kembang mekar.

Bunga Siti Zubaidah

Nama saintifiknya adalah Hydrangea. Spesis ini boleh ditemui dengan banyak di kawasan yang beriklim sederhana. Berdasarkan kepada rekod, tumbuhan ini berasal dari Jepun dan hidup subur disana.

Namun begitu, tidak semua hydrangea yang ditanam akan berbunga. Ada kalanya pokok hanya dipenuhi daun. Dan di Malaysia, kawasan tanah tinggi menjadi lokasi flora ini tumbuh meliar. Malah, dari jauh lagi tumbuhan ini seperti sebuah lukisan pemandangan yang menyenangkan.

Bunga Siti Zubaidah sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Suhu yang tidak terlalu panas memudahkan hydrangea berbunga dengan saiz lebih besar berbanding di kawasan tanah rendah.

Mengenai gelaran bunga tiga bulan pula, tidak dapat dipastikan kesahihan kisah disebalik nama ini. Ramai beranggapan tumbuhan ini mengeluarkan kuntuman bunga dalam tempoh tiga bulan, namun hakikatnya di Cameron Hihglands, ia berbunga sepanjang tahun. Jadi, mungkin ada cerita lain disebalik gelaran nama bunga tiga bulan itu.

Spesis

Bunga Siti Zubaidah dikategorikan sebagai tumbuhan renek (Deciduous Shrub) yang berketinggian dua meter atau lebih. Flora dari kelompok keluarga Hydrangeaceae ini sebahagiannya bersifat menjalar. Ia juga mempunyai batang yang banyak serta hidup merimbun.

Apabila ditanam, ia kelihatan cantik kerana sifat menjalar itu dapat memenuhi ruangan kawasan. Selain itu, daun tumbuhan ini lebih lebar dan berbentuk bujur (ovate). Permukaannya pula agak kasar dan bergerigi di bahagian tepi.

Ciri-ciri tersebut menambahkan lagi keistimewaan bunga Siti Zubaidah yang terkenal sebagai tanaman hiasan. Lebih menarik, warna yang pelbagai menyebabkan ramai individu terpesona dengan kecantikannya.

Kebanyakan hydragea di Cameron Highlands berwarna biru dan merah jambu. Kombinasi warna ini dapat memberikan ketenangan buat pencinta seni taman.

Untuk pengetahuan anda, warna pada flora ini dipengaruhi oleh kadar potensi hidrogen (PH) tanah.

Sekiranya tanah berasid, iaitu dibawah skala 5.5, bunga Siti Zubaidah akan menjadi warna biru apabila ia kembang. Sebaliknya, jika keadaan tanah beralkali, ia bertukar menjadi merah jambu.

Diserata dunia, sifat tumbuhan ini mampu merubah warna bunga mengikut kesesuaiannya. Dipercayai flora ini mempunyai 600 warna mengikut kategori jenis dan keluarga. Kepelbagaian ini menjadi rona yang disifatkan peminat taman sebagai keindahan yang memukau mata.

Penjagaan

Bunga Siti Zubaidah [2]

Proses penjagaan bunga ini tidaklah sukar. Ia hanya memerlukan tanah yang lembab serta mempunyai saliran yang baik. Bagi menggalakkan pertumbuhan, ia sesuai ditanam dikawasan yang terdedah kepada matahari atau separa teduh.

Apa yang paling penting, bahagian bunga tidak boleh disiram air. Jika terkena, bunga akan menjadi kecut dan rosak serta-merta. Oleh itu, air harus disiram pada pangkal pokok supaya bunga dapat bertahan lama.

Tumbuhan cantik ini juga mempunyai peminat. Selain manusia, ia juga menarik perhatian serangga perosak. Antara serangga yang menjadi peminat rahsia tumbuhan ini adalah serangga jenis Aphids, Red Spider Mites dan Capsid Bugs.

Jadi, penjagaan dan pengawasan perlu diberikan sepanjang masa. Penanam bunga ini perlu mengetahui penyakit yang selalu menyerang. Bunga ini selalu diancam penyakit kulat 'Botrytis' dan 'Powder Mildew'.

Jadi, penanam perlu jelas tentang cara untuk mengelakkan jangkitan dengan meracun mengikut kesesuaian.

Bagi mengenal pasti penyakit, bahan kimia yang berkaitan perlu disemburkan pada pokok mengikut jadual yang ditetapkan. Kesesuaian cecair kimia amat penting bagi mengelak kerosakan batang pokok.

Jika masih ragu-ragu, nurseri bunga berhampiran boleh dirujuk untuk mengetahui tentang cara penjagaan pokok bunga dan bunga.

Baja pula diberi setiap bulan hingga setahun setengah bagi membantu menyuburkan tumbuhan ini.

BACA INI JUGA: Kunyit Penawar Penyakit Kencing Manis?

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

10 comments

Cantik juga bunga nie....kali pertama cik akak tengok lah nie...
Mungkin ada di sarawak cuma cik akak je tak berapa mengemari spesis bunga...

bunga ini cantik mestilah laku kalau ada kat sini namanya pun cantik juga siti zubaidah

Memang cantik bunga ni..kan best kalau dapat tanam

owh nama melayunya bunga siti zubaidah..
secantiknya bunganya..tapi btul la kat cameron..
bunga ni memag banyak..mugkin sbab suhu rasanya :)

ooooo...siti zubaidah nama bunga nih....selalu tengok bunga nih...tp tak tau nama hihihi

Cantik bunga ni... Rasa macam pnh ada tnam dulu Kt kg la..

kalau pokok ni x nak berbunga nk buat camana ?

Saye ade bunga ni kat umah, tp susah nak berbunga, baja ape yg paling sesuai utk pembungaan bunga ni ek?

Saye ade bunga ni kat umah, tp susah nak berbunga, baja ape yg paling sesuai utk pembungaan bunga ni ek?

Cuba baja subur je, mungkin berhasil :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon