Dec 1, 2015

Migrain Bukan Sakit Kepala

Migrain, berbanding dengan sakit kepala, boleh menyebabkan kesakitan yang melemahkan tubuh bagi ramai orang yang menghidapnya, yang boleh berlarutan selama berjam-jam dan adakalanya berhari-hari.

Migrain

Sakit kepala, sebaliknya, tidaklah teruk atau kronik, tetapi ia juga tidak selesa sebagaimana migrain.

Migrain boleh diiringi oleh beberapa gejala lain termasuk: gangguan penglihatan, rasa loya, muntah, pening, menjadi sangat sensitif pada bunyi, cahaya, sentuhan dan bau, dan rasa menyengat atau kebas pada bahagian muka.

Migrain dianggap sebagai satu sindrom dan selalu digambarkan sebagai “satu koleksi gejala-gejala yang timbul dari satu punca biasa dan diklasifikasikan mengikut kumpulan gejala-gejalanya.

Oleh kerana gejala-gejalanya adalah sangat berbeza, migrain sering tersalah didiagnos.

Ada beberapa jenis kategori sakit kepala dan apa yang anda alami itu tidak semestinya migrain.

Ujian menentukan kategori sakit kepala

Bagi membantu menentukan sakit kepala yang anda alami tergolong sebagai migrain atau tidak lakukan ujian berikut terhadap diri anda:
  • Adakah ketika anda mengalami sakit kepala, anda juga mengalami sakit hingga ke bahagian perut?
  • Adakah anda kerap terganggu atau silau dengan cahaya semasa anda sakit kepala?
  • Adakah sakit kepala yang anda alami membuatkan anda tidak mampu melakukan aktiviti selama satu jam atau lebih dalam tiga bulan kebelakangan ini?

Jika dua dari tiga pertanyaan di atas dijawab 'ya' kemungkinan anda menghidap migrain.

Untuk tindakan selanjutnya, elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi punca timbulnya migrain seperti minuman beralkohol, coklat dan keju.

Malangnya, tiada penawar untuk migrain pada ketika ini. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan dan rawatan yang boleh membantu untuk mengurangkan beberapa kesakitan dan gejala-gejalanya ada boleh didapati.

Berundinglah dengan doktor anda jika anda menghidap migrain bagi membantu menentukan rawatan terbaik.

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Selalu Rasa Nak Marah Bila Kita Lapar?

Sumber: e-kesihatan

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Jika migrain menyerang tempoh sakitnya mungkin ambil masa dua tiga hari baru hilang sepenuhnya. Itu contoh untuk diri sendiri ;-)

Sebenarnya migrain ada rawatannya, tanpa perlu menelan sebarang ubat..:)

Saya memang kerap migrain...migrain saya sebab keturunan...mak saya ada migrain..2 orang abang saya ada migrain..arwah nenek saya ada migrain..pakcik makcik belah mak saya pun ada migrain...dulu2 dalam satu minggu tu saya boleh 3-4 kali kena migrain...tapi sejak saya amalkan mkn minyak habbatus sauda...kekerapan saya kene migrain jatuh mendadak...dalam sebulan tu kekadang sekali atau 2 kali jer kene migrain...saya dah stop terus mkn ubat yg klinik atau doktor kasi...sekarang saya amalkan habattus sauda jer sebab saya sgt yakin dengan hadis nabi SAW ;-)

Sangat menarik. Perubatan Islam, habbatus sauda, yang kita lupa amalkan.

Alhamdulillah... Terlalu jarang sekali kena sakit kepala atau migrain.
Saya pun setuju dgn Humaira... Cara perubatan Islam adalah yg terbaik!

Alhamdulillah belum pernah terkena migrain..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon