Tuesday, October 06, 2015

Kenapa Kita Selalu Rasa Nak Marah Bila Kita Lapar?


Perasaan marah apabila seseorang itu lapar atau hangry sebenarnya ada penjelasan saintifik yang mungkin kita tak tahu. 'Hangry' adalah gabungan perkataan 'hungry' dan 'angry' dalam Bahasa Inggeris.

Hungry

Perkataan 'hangry' ini dicipta bagi menggambarkan keadaan di mana sesetengah orang menjadi marah apabila mereka lapar. Kalau anda perasan, situasi sebegini memang sering berlaku di sekeliling kita. Betul tak?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Amanda Sainsbury-Salis, pengarang buku 'Don’t Go Hungry for Life' dan seorang penyelidik di University of Sydney, keadaan hangry seseorang itu mempunyai kaitan dengan kandungan glucose yang terdapat dalam darah

Untuk makluman, segala pengambilan makanan akan dipecahkan kepada partikel yang lebih kecil seperti glukosa, asid amino dan asid lemak bebas, dan kemudian diedarkan ke seluruh tubuh badan melalui saluran darah. Apabila sesi pemakanan seterusnya dilambatkan, jumlah bahan-bahan ini dalam darah akan mulai menurun.

Pada titik tertentu, apabila kandungan bahan-bahan ini menjadi terlalu rendah, otak, yang banyak bergantung kepada glukosa untuk tenaga, akan memberi isyarat bahawa tubuh badan berada dalam keadaan yang mengancam nyawa.

Lapar [2]

Apabila kandungan glukosa rendah dalam otak, badan kita akan merembeskan beberapa hormon termasuk adrenalin dan kortisol

Salis menjelaskan, kedua-dua itu "adalah hormon tekanan yang dilepaskan ke dalam saluran darah dalam pelbagai situasi tertekan.

Sama seperti anda boleh menjerit dengan mudah kepada seseorang semasa dalam kemarahan, hormon adrenalin ini boleh menggalakkan tindak balas yang sama."

Tidak dinafikan, hangry ini sebenarnya merupakan satu survival mechanism bagi sesetengah binatang, contohnya seperti singa.

Cuba kita fikir, kalau seekor singa yang sedang lapar hanya membiarkan mangsanya berjalan selamba di depan matanya, spesies singa mungkin akan pupus.

Jadi apa yang perlu singa lakukan untuk terus hidup? Marah dan terkam mangsanya.

Menurut kajian juga, kemarahan dan kelaparan dikawal oleh gen yang sama, Neuropeptida Y dan Y1

Neuropeptida Y dan Y1

Kelaparan akan menyebabkan orang ramai mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian atau mencari perkataan yang betul untuk dituturkan.

Penurunan glukosa dalam otak juga menyebabkan orang cepat marah.

Jadi bagaimana untuk mengelak daripada menjadi hangry? Sains menawarkan penyelesaian yang sangat mudah, makan sebelum anda terlalu lapar.

Dan jangan lupa, jika anda mahu melibatkan diri dalam satu perbincangan sensitif, pastikan anda melakukannya selepas makan, bukan sebelum.

BACA INI JUGA: Kisah Di Sebalik Kenapa 7 Eleven Dibuka 24 Jam

Sumber: Says

1 comment

  1. dah macam dialog siri Hulk pula Sp, sebab lapar dah tak leh tahan kut hiihi :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon