Jan 18, 2015

Kezaliman Manusia-manusia Vampire

Cerita-cerita tentang vampire sering diisi dengan cerita-cerita sensual, makhluk penghisap darah yang menggangu pekan-pekan kecil dan desa. Tapi, adakah anda tahu bahawa sejarah dan fakta berkaitan dengan vampire juga sememangnya wujud?

Mungkin mereka tidak berubah menjadi kelawar atau serigala, tetapi mereka memiliki kemiripan makhluk yang haus darah itu.

James P. Riva

James P. Riva

Ketika James Riva berusia 23 tahun, dia telah menembak dan membunuh neneknya yang cacat. Kemudian menusuknya beberapa kali di bahagian hati. Pistol itu penuh dengan peluru emas yang di cat.

Dia meminum darah yang tersembur dari luka-luka neneknya dan membakar rumahnya untuk menyingkirkan bukti. Dia mengaku menjadi seorang vampire yang berusia 700 tahun dan perlu meminum darah, tapi dia juga mengaku neneknya juga seorang vampire. Dia didapati bersalah atas pembunuhan peringkat kedua, pembakaran dan menyerang mangsa. Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh dan 10-20 tahun untuk kesalahan membakar mangsa.

Mauricio Lopez

Mauricio Lopez

Ketika Mauricio Lopez mengetahui yang anak saudaranya (Mariella Mendez) berlaku curang dengan suami kakaknya, Macario Cruz, dia memutuskan untuk mengakhiri masalah itu dengan darah Cruz.

Dia menikam Macario Cruz tepat di hatinya di hadapan Mendez dan empat orang anaknya. Dia kemudiannya mengisi darah Cruz ke dalam gelas plastik dan meminumnya sebelum meninggalkan lokasi pembunuhan.

Dia didapati bersalah atas tuduhan pembunuhan peringkat kedua kerana menyerang mangsa dan penggunaan senjata berbahaya untuk membunuh.

Marcelo De Andrade

Marcelo De Andrade

Marcelo De Andrade adalah seorang kanak-kanak miskin, migran Northeastern dan dibesarkan di Rio de Janeiro Rocinha.

Sebagai seorang kanak-kanak, dia adalah mangsa penderaan fizikal dan seksual serta hidup tanpa bekalan air yang mencukupi.

Pada bulan April 1991, dia memulakan hobi membunuhnya yang berlangsung selama sembilan bulan dan mendakwa telah membunuh seramai 14 orang, semuanya kanak-kanak lelaki miskin. Dia telah memperkosa semua mangsa dan mengaku meminum darah mereka. Dia mendakwa melakukannya supaya kelihatan 'menarik' seperti mereka.

"Saya lebih suka kanak-kanak lelaki kerana mereka rupawan dan memiliki kulit yang lembut. Dan pendeta mengatakan bahawa semua kanak-kanak akan dimasukkan kedalam syurga jika mereka mati sebelum berusia 13 tahun. Saya tahu itu dan membantu dengan mengirim mereka ke syurga".

Sangat menarik untuk dicatat bahawa dia menyembah ibunya sendiri seperti orang suci. Dia sekarang berada di hospital mental dan telah melarikan diri pada tahun 1997 namun berjaya ditangkap semula.

Andrei Chikatilo

Andrei Chikatilo

Juga dikenali sebagai Rostov Ripper dan pembunuh Shelter Belt, Andrei mendakwa korban pertamanya, seorang gadis berusia 9 tahun dengan nama Lena Zakotnova pada 22 Disember 1978 dan bercadang membunuh 52 orang lagi.

Dia terlepas dari buruan pihak berkuasa selama hampir 15 tahun.

Mencacatkan mata, menghapuskan mangsa sama sekali atau sebahagian dari organ seksual menjadi ciri khas jenayah mengerikan Andrei.

Dia mensasarkan remaja lelaki dan wanita, sering memperkosa dan membunuh mereka serta meminum darah mangsa.

Dia akhirnya ditangkap dan didapati bersalah atas 53 tuduhan membunuh. Selama perbicaraan, dia berkelakuan tidak menentu, berteriak dengan kata-kata kotor dan menghantukkan dirinya pada jeriji besi dimana dia dikurung.

Dia dijatuhi hukuman pada tahun 1994.

Fritz Haarmann

Fritz Haarmann

Juga dikenali sebagai vampire dari Hanover, pembunuh bersiri ini diyakini bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 27 pembunuhan dan dihukum diatas 24 kes pembunuhan.

Walaupun kegiatannya bermula pada tahun 1898 (menganiaya kanak-kanak) dan kemudiannya menyerang, mencuri, namun pembunuhan pertamanya tidak pernah diketahu sehinggalah pada September 1918 apabila dia mula merogol, membunuh dan memakan sekurang-kurangnya 27 orang mangsa yang berusia antara 10 sehingga 22 tahun.

Dia membunuh kebanyakan mangsanya dengan menggigit leher mereka. Dia menjual barang-barang peribadi yang diperolehinya daripada mangsa dan dikatakan menjual daging mereka di pasar gelap walaupun ini hanyalah khabar angin.

Haarmann dianggap sebagai salah seorang pembunuh di Jerman yang paling produktif sama ada dari jumlah korban dan sifat yang sangat mengerikan dari kejahatannya.

Tsutomu Miyazaki

Tsutomu Miyazaki

Dikenali sebagai pembunuh gadis kecil, The Killer Otaku dan Dracula. Pembunuh bersiri Jepun ini telah membunuh empat gadis kecil.

Pembunuhannya bermula sejak 1988-1989 di Tokyo Prefektur Sakitama. Mangsanya yang paling muda berusia empat tahun dan yang paling tua berusia tujuh tahun.

Dia 'mengerjakan' mayat, meminum darah mangsanya dan memakan tangan mereka.

Dia juga menggangu keluarga kempat-empat mangsa, mengirim surat serta poskad kepada mereka di mana dia menggambarkan kejahatan kejinya.

Dia tidak pernah insaf diatas kejahatannya dan dijatuhi hukuman mati pada 14 April 1997 yang telah dilaksanakan pada 17 Jun 2008.

Menyebut namanya merupakan satu penghinaan yang membuatkan masyarakat Jepun merasa jijik.

Philip Onyancha

Philip Onyancha

Dengan jumlah pembunuhan paling sedikit 17-19 orang, Philip Oyancha, 32 tahun mengaku kepada polis Kenya bahawa dia telah membunuh dan meminum darah mangsanya sabagai sebahagian dari ritual.

Korbannya adalah wanita dan kanak-kanak dan dia mendakwa telah melakukan kejahatan di bawah pengaruh 'roh jahat' yang membuatkannya haus darah.

Dia mengaku bahawa dia menyerang wanita kerana mereka lebih mudah untuk ditakluki dengan berkata, "Ketika keperluan darah mendesak, wanita adalah korban paling mudah".

Menurut pengakuannya lagi, dia dipengaruhi oleh seorang dukun wanita yang mendorongnya melakukan pembunuhan itu.

Dia telah menunjukkan kepada pihak polis lokasi beberapa orang mangsa dan mengaku dia berhasrat untuk membunuh 100 orang lagi.

"Sasaran saya adalah untuk membunuh 100 orang wanita. Saya telah berjaya membunuh 17 orang dan masih perlu membunuh 83 orang lagi".

Nico Claux

Nico Claux

Nicola Claux, digambarkan sebagai 'psikotik sadis' ketika penangkapannya pada tahun 1994. Setelah disoal-siasat, dia mengaku melakukan pembunuhan dan merompak tanah perkuburan. Ketika apartmentnya digeledah, polis telah menemui sisa-sisa kerangka yang tidak dikenal-pasti dan banyak darah yang dicuri dari bank darah tempatan.

Dia juga mengaku sebagai seorang kanibal!

Claux didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dihukum penjara 12 tahun walaupun berlaku perdebatan adakah dia cukup waras tidak namun cukup untuk dipertanggungjawabkan diatas tindakan kejamnya.

Setelah menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, dia dibebaskan pada Mac 2002.

Daniel dan Manuela Ruda

Daniel dan Manuela Ruda

Pada tahun 2001, pasangan Jerman ini membunuh Daniel dan pembantunya dengan menikam sebanyak 66 kali, memukul dan meminum darahnya. Setelah itu, mereka melakukan hubungan seks.

Mereka mendakwa telah bertindak atas perintah Iblis dan mengatakan mereka memilih korban mereka (mangsa bernama Frank Hackert berusia 33 tahun) kerana dia lucu dan akan menjadi badut pengadilan yang sempurna untuk syaitan ketika perbicaraan. Mereka bertindak tanpa penyesalan serta mengancam saksi.

Daniel Ruda dihukum selama 15 tahun dan isterinya selama 13 tahun.

Richard Chase

Richard Chase

Richard Chase lahir di Santa Clara Country, California pada 23 Mei 1950. Dikenali sebagai 'Vampire' dari Sacramento'.

Dia membunuh enam orang dalam tempoh satu bulan, mengorbankan jasad dan meminum darah mereka.

Datang dari keluarga yang bermasalah, Chase menunjukkan tanda-tanda masalah psikologi seawal usianya dan kemudian mengambil dadah dan alkohol pada usia remaja. Dia pernah dirawat kerana keracunan darah arnab yang disuntikkan ke tubuhnya.

Dia melakukan pembunuhan pertama pada tanggal 29 Disember 1977. Dia akan berkeliaran dan memasuki rumah-rumah jika pintu tidak berkunci. Dia menganggap pintu yang berkunci adalah tanda bahawa mereka tidak diinginkan (untuk dikorbankan) tetapi pintu yang tidak berkunci adalah undangan untuk masuk.

Pada tanggal 27 Januari, dia melakukan pembunuhan yang terakhir, mengorbankan Evelyn Miroth, 38 tahun, anaknya Jason, 6 tahun dan anak saudaranya yang baru berusia 22 bulan bernama David.

Dia melakukan necrophilia dan kanibalisme terhadap mayat Evelyn. Dia juga meminum darah anaknya dan memakan beberapa organ, termasuk otak.

Pada 8 Mei 1979, dia diputuskan bersalah dari enam tuduhan pembunuhan kelas pertama dengan hukuman mati di bilik gas.

Namun, dia ditemui mati di sel penjaranya pada 26 Disember 1980 - dia telah membunuh diri dengan anti-depressants yang telah disimpannya selama beberapa minggu.

BACA INI JUGA: 5 Watak Horor Lagenda Paling Menyeramkan

-Sentisapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon