Jumaat, Januari 10, 2014

Benarkah HIV/AIDS Dicipta Untuk Melenyapkan Bangsa Afrika?


Loading...

Tahukah anda kira-kira 34.2 juta penduduk dunia menderita diserang virus HIV AIDS? Walaupun ia dikatakan berpunca daripada pemindahan darah yang mempunyai virus HIV, perkongsian jarum suntikan dan hubungan seks rambang, namun punca sebenar masih mengelirukan pegawai perubatan dunia sehingga hari ini.

HIV aids di afrika

Bagaimanapun, ada pendapat yang mendakwa virus sebenar HIV/AIDS direka oleh saintis semata-mata untuk menghapuskan etnik tertentu. Benarkah dakwaan tersebut?

Sebenarnya, HIV/AIDS adalah satu penyakit baru yang mula dikenal pasti secara tepat pada era 80an. Virus ini mula dikesan apabila kebanyakan lelaki homoseksual dari California dan New York menghidap sejenis penyakit aneh serta kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS masih belum diberi nama.

Pada tahun 1982, pegawai perubatan menggunakan istilah 'Acquired immunodeficiency syndrome' atau AIDS untuk menerangkan jangkitan-jangkitan luar biasa ini.

Pada tahun 1983, para saintis mula menemui penyebab AIDS. Pada mulanya virus ini dikenali sebagai HTLV-III/LAV (Human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) kemudian ia ditukar kepada HIV.

Hasil daripada kajian, saintis percaya virus tersebut berasal daripada sesuatu yang tiada kaitan langsung dengan manusia.

Bagaimanapun, pada tahun 1999 sekumpulan pengkaji dikatakan telah menjumpai punca virus AIDS yang dikatakan berasal dari Cimpanzi di Afrika.

Ia pada mulanya dilaporkan oleh pemburu-pemburu yang mendakwa terkena jangkitan apabila mereka terdedah kepada darah haiwan itu. Adakah dakwaan itu benar?

Pemburu

Menurut sesetengah pendapat, pada akhir tahun 1960, saintis-saintis di bawah pengawasan CIA telah mengetahui cara untuk 'menceroboh' dan memusnahkan sistem imun tubuh manusia.

Kemudian, pada tahun 1969 pula, Dr. Robert MacMahan dari jabatan pertahanan meminta 10 juta dolar Amerika dari kongres Amerika Syarikat sebagai dana untuk mengembangkan agen biologi buatan yang tiada penawar!

Tujuannya adalah untuk mencipta virus yang mampu meranapkan sistem imun badan manusia dan mengurangkan populasi di wilayah-wilayah besar dengan cara membunuh berjuta-juta rakyatnya, termasuklah lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Pada tahun 1970, projek tersebut telah dipersetujui oleh (DPR House of Representative), dan Amerika dengan cepat melakukan kajian untuk mengembangkan perkara ini menjadi senjata biologi.

Projek tersebut kemudian dijalankan dibeberapa universiti, industri serta di pusat senjata biologi rahsia di Fort Detrick, Maryland. Dalam dasar CIA, projek senjata etnik ini merupakan sebahagian dari projek rahsia yang dikenali sebagai MK-NAOMI.

Fort Detrick MK-NAOMI Project
Dokumen rahsia berkaitan Projek MK-NAOMI.

Ia dijalankan bersama The Special Virus Cancer Program yang dibiayai oleh National Institutes of Health (NIH).

Menurut Profesor Biologi, Humboldt University Jerman, Jakob Segal, HIV AIDS dicipta di Fort Detrick dengan cara menggabungkan genom viral VISNA dan HTLV-i, kerana kedua-duanya hampir sama dengan HIV genome.

Menurutnya lagi, HIV tercipta antara akhir tahun 1977 dan musim luruh 1978.

Pada tahun 1978 juga, Centers for Disease Control (CDC) mengeluarkan iklan kepada homoseksual yang berminat untuk menjalankan eksperimen ke atas vaksin Hepatitis B.

Percubaan pertama adalah di New York, Los Angeles dan San Francisco. Kemudian, pada tahun 1981, jangkitan AIDS pertama ditemui berjangkit pada lelaki homoseksual di ketiga-tiga negara terbabit menyebabkan timbul spekulasi bahawa AIDS mungkin menular melalui vaksin Hepatitis B.

Dr. Hillary Koprowski - AIDS conspiracy theories
Koprowski, Warsaw, 2007.

Selain itu, terdapat juga beberapa bukti lain yang menunjukkan bahawa jangkitan lain yang menunjukkan bahawa jangkitan AIDS telah wujud sejak tahun 1957. Menurut Dr. Hillary Koprowski yang pernah menjalankan suntikan polio kepada rakyat Afrika, satu ujikaji serum menggunakan tisu ginjal monyet yang dijangkiti virus telah dijalankan dan ia menunjukkan keputusan yang hampir sama dengan AIDS.

Serum ujian itu dinamakan SV40. Dipercayai bahawa SV40 boleh menyerang dan menghancurkan sistem imun manusia.

Dalam satu pertuduhan, Dr. Koprowski mengaku telah mengendalikan pelaksanaan suntikan polio, namun dia menolak tuduhan terlibat dalam penciptaan virus AIDS.

Bagaimanapun, bukti-bukti menunjukkan bahawa permulaan virus AIDS adalah di Afrika Tengah, tempat pertama bermulanya vaksin polio kepada kira-kira 300 ribu orang Afrika pada tahun 1957 hingga 1960 oleh Dr. Koprowski.

Namun, sehingga ke hari ini, masih tiada bukti kukuh yang boleh membuktikan bahawa AIDS adalah 'rekaan' pihak tertentu.

Dan malangnya, ada pihak-pihak tertentu yang tidak mahu 'mencipta' vaksin yang mampu menyembuhkan AIDS hinggakan orang-orang yang bukan menjadi sasaran juga menjadi mangsa.

Jika terus dibiarkan, ada kemungkinan penyebaran penyakit ini akan terus berleluasa di masa akan datang dan bangsa kulit hitam Afrika mungkin akan pupus dan lenyap dari muka bumi.

-Sentiasapanas.com

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon