Tuesday, October 27, 2015

Acromegaly, Penyakit Misteri Menjadikan Manusia Menjadi Gergasi!


Apa sebenarnya penyakit Acromegaly? Bagaimana ia menyerang? Dan apakah simptom-simptomnya?

Acromegaly - Andre the giant

Menurut laman web mayoclinic.org, Acromegaly adalah sejenis penyakit gangguan hormon yang berlaku apabila kelenjer pituitari menghasilkan hormon pembesaran (GH) dengan banyak semasa meningkat dewasa.

Apabila ia terjadi, tulang-tulang pada tubuh akan membesar terutamanya pada bahagian kaki, tangan dan muka.

Walau bagaimanapun, penyakit misteri ini sangat jarang berlaku dan sangat sukar dikesan.

Ini kerana pertumbuhan pada anggota badan tertentu berlaku secara perlahan-lahan dan memakan masa yang sangat lama.

Kerana itulah penyakit ini biasanya dikesan pada individu dipertengahan usia dan bukan dari zaman kanak-kanak.

Tanda-tanda

Salah satu tanda awal yang biasa dikesan adalah pembesaran kaki dan tangan. Ada diantara pesakit mengadu tidak boleh memakai cincin yang biasa dipakai dan tidak boleh memakai kasut walaupun sudah bertahun memakai saiz yang sama.

Ada juga diantara pesakit yang mula perasan perubahan diri setelah melihat gambar peribadi lama.

Selain itu, terdapat beberapa tanda lain yang boleh dilihat, antaranya;
Perubahan pada bentuk muka secara beransur-ansur dimana rahang menjadi lebih rendah dan menonjol
Hidung besar
Bibir tebal dan gigi menjadi jarang akibat pengembangan rahang.

Simptom

Oleh kerana perubahannya agak perlahan, ramai tidak sedar simptom-simptom lain yang hadir lebih awal.

Antaranya;
  • Kulit menjadi kasar, berminyak dan menebal
  • Peluh berlebihan
  • Badan berbau
  • Keletihan
  • Lemah otot
  • Suara serak kerana masalah peti suara
  • Sinus berlebihan
  • Dengkur yang teruk kerana masalah saluran pernafasan
  • Sakit kepala
  • Lidah membesar
  • Sakit sendi yang menyebabkan pergerakan terhad
  • Kitaran haid tidak menentu
  • Mati pucuk
  • Masalah organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, limpa, hati dan organ-organ lain menjadi besar
  • Dada melebar

Acromegaly juga agak berbahaya jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Ini kerana ia menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti;
  • Darah tinggi
  • Osteoartritis
  • Kencing manis
  • Pertumbuhan awal kanser pada lapisan usus
  • Fibroid rahim
  • Mampatan saraf tunjang
  • Hilang penglihatan
  • Dan beberapa masalah lain

Kaedah terbaik jika mengalami tanda-tanda dan simptom ini adalah dengan mendapatkan rawatan secepat mungkin agar tidak menular kepada masalah lain.

BACA INI JUGA: Watak Animasi Shrek Adaptasi Daripada Kisah Benar?

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. ilmu baru dapat lagi di sini,menarik dan berinformasi ;)

    ReplyDelete
  2. penyakit ni agak rare mungkin satu dalam sejuta kot..

    ReplyDelete
  3. Seram gak nie..kalau badan dah besar gergasi....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon