Thursday, May 23, 2013

Tahukah Anda Berapa Lajukah Racun Nikotin Di Pam Ke Otak Perokok?


Nikotin merupakan salah satu zat yang dilepaskan ketika seseorang merokok dan waktu yang diperlukan oleh nikotin untuk 'bergerak' dari paru-paru ke otak hanya selama 7 saat sahaja!

Bahaya Nikotin

Salah satu ubat yang paling banyak disalahgunakan penggunaannya adalah nikotin, samada kerana merokok atau mengunyah tembakau. Selain itu nikotin juga termasuk salah satu zat yang paling adiktif dibandingkan dengan ubat-ubatan lain.

Seperti dikutip dari BBCNews, perjalanan nikotin dari paru-paru ke otak tersangatlah cepat iaitu hanya 7 saat saja.

Setelah sampai di otak, nikotin akan merangsang pelepasan dopamin, iaitu neurotransmitter penting yang mempengaruhi suasana hati (mood), selera makan dan fungsi otak lain.

Ketika seseorang merokok, maka nikotin akan masuk dan mula bertompok di dalam tubuh. Lama-kelamaan seseorang akan terbiasa dengan nikotin dan jika ia tidak mendapat jumlah yang sama maka tubuh akan meminta lebih dan biasanya jumlah nikotin yang masuk akan semakin besar dan meningkat.

Pengguna nikotin boleh dengan cepat menjadi ketergantungan (ketagihan), kerana hanya memerlukan sedikit rokok untuk membuatkan seseorang menjadi kecanduan.

Jika seseorang tiba-tiba berhenti merokok, maka dia akan mengalami efek balikan (withdrawal effect) seperti cemas dan perubahan suasana hati.

Salah satu hal yang tidak mampu disangkal adalah kecanduan nikotin biasanya bermula sejak seseorang mencuba-cuba atau bereksperimen dengan rokok.

Malah, kadang-kadang ketagihan ini sudah bermula sejak seseorang masih diperingkat sekolah lagi.

Sebagai ubat, nikotin hanya memiliki sedikit kesan buruk kepada kesihatan fizikal seseorang. Tapi zat-zat kimia lain yang terdapat di dalam rokok dan bergabung dengan nikotin inilah yang akan menimbulkan banyak kerosakan kepada tubuh.

Kerana ketika sebatang rokok dibakar dan dihisap, maka ada ratusan bahan kimia yang dihasilkan dan berisiko besar terhadap kesihatan.

Nikotin ditemui oleh duta besar Perancis, Jean Nicot pada pertengahan abad XIV dan ketika itu masyarakat mempercayai nikotin sebagai ubat.

Setengah abad kemudian baru diketahui bahayanya kepada tubuh, namun hanya beberapa orang saja yang mampu berkata tidak terhadap nikotin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon