Tuesday, October 15, 2013

Watch Mediastan Online, Rahsia Disebalik Tabir WikiLeaks


WikiLeaks sebelum ini tidak segan-silu menyatakan kebencian kepada filem The Fifth Estate dan menawarkan dokumentari mereka sendiri yang diberi tajuk ‘Mediastan’ yang boleh ditonton di UK secara percuma.

Mediastan (2013)

Sepanjang minggu ini, Mediastan, sebuah dokumentari di balik tabir bagaimana WikiLeaks mengendalikan rahsia kerajaan yang diterima pada 2011, boleh ditonton secara percuma warga UK melalui streaming Youtube, di mana pembukaan filem The Fifth Estate turut berlangsung.

Tindakan ini diadakan bagi melawan pembukaan filem itu, lakonan Benedict Cumberbatch (Sherlock, Star Trek Into Darkness) sebagai Julian Assange.

Diserata dunia pula, Mediastan boleh disewa pada harga sekitar $2-3 USD pada servis seperti Vimeo dan Dailymotion.

Mediastan digambarkan sebagai “geopolitical road movie” dan menunjukkan wartawan mewakili WikiLeaks mencari saluran berita tempatan yang ingin/sanggup membocorkan rahsia yang mereka ada.

Pengasas WikiLeaks Julian Assange menyatakan ini merupakan kewartawanan ekstremis dan cara ia dilakukan.

Assange turut menyeru semua orang agar tidak membazirkan wang dan masa menonton propaganda Holywood, sebaliknya menonton Mediastan untuk mengetahui ‘kebenaran’ disebaliknya.

Setakat ini reviu bagi filem The Fifth Estate itu kurang memberangsangkan, namun pengkritik memuji lakonan Cumberbatch.

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut boleh mula menonton Mediastan sekarang atau menunggu The Fifth Estate keluar di pawagam Malaysia pada 14 November akan datang.

BACA INI JUGA: Wikileaks Tiada Rekod Wang RM209 Juta Anwar



-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon