May 17, 2015

The Devil's Breath, Pohon Durjana Nafas Syaitan

Pokok ini cantik. Bunganya berwarna putih kekuningan. Panjang dan melayut ke bawah. Tapi awas, jangan mudah tertarik. Cantik tapi sangat berbahaya!

The Devil's Breath

Tumbuhan ini mudah didapati di Colombia dan negara di sekitar Amerika Selatan. Bersesuaian dengan negara yang popular dengan perdagangan dadah, bunga ini merupakan salah satu sumber penting untuk melakukan jenayah di sana.

Sejenis bahan yang disebut Scopolamine yang dihasilkan daripada bunga ini mampu menyebabkan pelbagai kemudaratan.

Ia dengan mudah membuatkan anda 'mabuk', hilang kewarasan atau menjadi tidak bermaya. Jika disuntik dalam dos yang tinggi, bukan saja boleh menghilangkan ingatan, malah nyawa juga boleh melayang.

Di Colombia pada zaman dahulu, bunga ini amat berguna untuk menghasilkan sejenis ubat yang akan diberikan kepada gundik pemimpin di sana yang dihukum mati.

Setelah ubat ini diberi, gundik yang sudah 'mamai' kerana halusinasi kesan bahan kimia dalam ubat tersebut akan diarah masuk ke dalam lubang kubur, kemudian dikambus hidup-hidup.

Malah, jika Scopolamine yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau ini sekadar ditiup kepada wajah mangsa, hanya dalam masa beberapa minit mangsa akan berada dibawah pengaruh bahan itu dan akan menurut apa saja arahan yang diberi.

The Devil's Breath [2]

Jadi, tidak hairanlah ramai mangsa yang menjadi korban bila berada di bawah pengaruh Scopolamine.

Golongan wanita pula sering menjadi mangsa rogol tanpa disedari. Lebih menakutkan, ada yang sanggup menggunakan kesan bahan ini bagi mendapatkan organ dalaman mangsa dan dijual di pasaran gelap.

Salah satu kesan bahan ini yang melenyapkan memori membuatkan ramai mangsa lupa atau sukar mengingati kejadian yang menimpa mereka.

Nama saintifiknya disebut sebagai Borrachero. Juga digelar sebagai The Devil's Breath atau pokok nafas syaitan!

BACA INI JUGA: Menjadi Lagenda Blues Dengan Bantuan Syaitan?!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Menakutkan.. thanks sharing SP..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon