Friday, November 08, 2013

Agama Kristian Ortodoks Bersolat Seperti Umat Islam


Sebuah buku panduan solat Kristian Ortodoks yang ditulis oleh Ignatus Bambang Soetawan telah diterbitkan dengan judul 'Shalat Rabbaniyah'.


'Shalat Rabbaniyah' diterbitkan sebagai susulan kepada satu lagi buku panduan solat Kristian Ortodok iaitu 'Kitabus Sab'us Shalawat' yang membincangkan solat 7 waktu.


Bambang merupakan seorang alumni di Sekolah Tinggi Falsafah Prajnwidjaya, Yogyakarta.

Buku ini mengandung mengandungi ayat khas mirip ayat-ayat dalam solat Islam dengan menggunakan bahasa arab.

Kedua-dua buku ini perlu diberi perhatian agar tidak dibawa masuk ke Malaysia dan mengelirukan orang-orang Islam di Malaysia.

Penganut Kristian Ortodok mengenakan pakaian menyamai orang-orang Islam iaitu dengan berjilbab, jubah dan berkopiah. Cara mereka mengerjakan solat juga amat mirip kepada solat dalam Islam.

Gereja Kristian Orthodoks yang terletak di Neroberg, Jerman 
memiliki lima kubah yang diperbuat daripada emas.

Orthodok merupakan mazhab dalam Kristian. Cara ibadat mereka seakan-akan seperti Islam. Mereka bersembahyang, berpuasa, membayar zakat tetapi ada perbezaannya dengan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Wanita dan gadis Kristian Krthodok berhijab mirip Islam.

Mazhab ini muncul disebabkan ada segolongan kecil dalam komuniti Kristian cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh Nabi Isa a.s.

Vatican menghukum mereka ini sesat.



Wallahu A'lam..

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon