May 28, 2015

Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Pada tahun 2011, sebuah kajian telah dilakukan tentang jangka hayat manusia di Amerika Syarikat. Hasil penyelidikan mendapati majoriti lelaki di sana memiliki jangka hayat selama 78 tahun.

Hunza-pakistan

Namun, jangan terkejut jika dikatakan, jauh di Lembah Hunza dalam wilayah Gilgit-Baltisan di utara Pakistan, tinggal puak yang masyarakatnya rata-rata boleh hidup sehingga usia 140 tahun.

Puak Hunza atau dikenali sebagai masyarakat Burusho mendiami kawasan pergunungan terpencil dengan keluasan 1,000 kali lebih besar dari Kuala Lumpur.

Menurut sebuah jurnal berjudul 'Studies In Deficiency Disease', keistimewaan orang Hunza bukan sahaja boleh hidup lama, malah memiliki kekuatan fizikal paling ideal dan sempurna.

Sebuah lagi artikel dalam Jurnal Perubatan Amerika, terbitan 1961, mendedahkan penemuan luarbiasa tentang kajian rahsia umur panjang dan corak kehidupan puak Hunza.

Mereka menetap di kawasan pergunungan, memiliki tanah subur dan air yang bersih, dipercayai 'ubat mujarab' mereka boleh hidup lebih lama.

Hunza-people

Lembah Hunza yang terletak di Banjaran Himalaya dengan ketinggian sekitar 2,500 meter daripada paras laut. Struktur tanah di sini kaya dengan mineral dan zat galium yang tinggi begitu juga dengan sumber airnya.

Disebabkan terletak jauh di pedalaman, kehidupan mereka banyak bergantung dengan bercucuk tanam. Tiada baja kimia mahupun racun serangga digunakan kerana kandungan mineral dalam tanah dan air serta berada di pergunungan menyebabkan tanaman tidak diserang serangga.

Terdapat tiga jenis tanaman utama di Lembah Hunza iaitu buah-buahan, sayur-sayutan dan bijirin. Antara buah-buahan yang ditanam ialah aprikot, pic, epal, anggur, plum, ceri dan tamar.

Buah-buahan ini banyak dijemur di atap rumah. Sayur-sayuran pula ialah tomato, semua jenis kekacang, timun dan kebanyakan tanaman yang mudah ditanam di negara-negara Eropah. Manakala bijirin pula terdiri daripada rye, oats dan millet.

Orang Hunza juga jarang memasak kerana sukar menyalakan api. Kebanyakan mereka hanya memakan secara mentah atau dikeringkan saja. Daging pula hanya boleh diperoleh apabila ada acara besar yang hanya dinikmati setahun sekali.

Hunza-women

Air di Lembah Hunza kaya dengan mineral dan tinggi alkali. Air minuman yang tinggi alkali biasanya membantu meneutralkan asid dalam badan yang terhasil daripada makanan berlemak dan radiasi pencemaran. Dan oleh kerana altitud di sini lebih tinggi, maka pengambilan air dengan lebih kerap berbanding kawasan rendah.

Di Hunza, tiada bekalan elektrik. Mereka hanya menggunakan kerosin sebagai bahan bakar untuk menyalakan pelita, tetapi harganya sangat mahal. Mereka hanya bersandarkan cahaya matahari. Mereka juga tidur awal dan bangun awal untuk bercucuk tanam.

Masyarakat di Lembah Hunza kekal hidup secara primitif. Tiada polis kerana tiada jenayah. Tiada masalah kenaikan petrol kerana tiada kenderaan. Tiada masalah kesihatan kerana tiada tekanan dan GST.

BACA INI JUGA: 8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

Assalammualaikum...SP,

baru tahu.. untuk panjang umur .. air bersih, makan buah-buahan dan jauhi makanan berasid..

mselim3

Waalaikumsalam mSelim. Itulah rahsia umur panjang kan..:)

ternyata begitu ya mas rahasia nya .. buah-buahannya di jemur dulu ..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon