Jun 2, 2015

Chrysopelea, Keunikan Ular Terbang Di Sabah

Terbaru, saintis telah menemui perkara mengejutkan dalam dunia reptilia dimana terdapat sebahagian haiwan tidak berkaki bukan sahaja berupaya memanjat pokok malah mampu terbang di udara.

Chrysopelea

Bunyinya tidak ubah seperti cerita rekaan dan fantasi. Namun, ahli sains telah membuktikan bahawa ular jenis ini memang wujud dalam dunia realiti. Dan saintis menamakan reptilia ini sebagai genus Chrysopelea atau juga dikenali dengan nama ular terbang.

Setakat ini terdapat lima spesis sepertinya telah ditemui wujud di beberapa buah negara Asia dan Asia Tenggara seperti India, China, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Uniknya, Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjadi lokasi habitat ular ini.

Di Sabah, selain dikenali sebagai ular terbang, masyarakat tempatan turut memanggilnya dengan nama Kukuo Ra'laa, yang diambil daripada bahasa Murut yang bermaksud - ular betina - mungkin kerana kebanyakan kulit ular terbang berwarna-warni dan sangat cantik.

Ular-ular ini boleh ditemui dengan banyak di kawasan Taman Pertanian Sabah, terutama pada pokok-pokok hiasan dan sekitar bangunan.

Sehingga kini, pengetahuan tentang tingkah laku Chrysopelea adalah sangat terhad. Adapun yang diketahui, genus ini di klasifikasikan sebagai arboreal, iaitu suka hidup atau tinggal di atas pokok berbanding menjalar di tanah.

Untuk meneruskan kehidupan di atas pokok, ular ini akan keluar memburu pada waktu siang. Ular ini akan menangkap mangsanya di udara dengan cara menerkam menggunakan rahang yang kuat.

Diet ular terbang juga kerap berubah-ubah. Namun, haiwan ini sering memburu cicak, katak dan kelawar sebagai makanannya.

Habitat ular terbang sering berada dekat dengan manusia. Spesis paling kecil pernah direkodkan berukuran kira-kira 61 sentimeter (cm) panjang dan ia boleh membesar sehingga 122 cm.

Seperti ular lain juga, ia akan mematuk jika berasa diancam. Bagaimanapun, gigitannya hanya memberikan rasa sakit sedikit dan tidak berbahaya kepada manusia.

Persoalannya, benarkah ular menjalar ini boleh terbang di udara? Bagaimana ular ini melakukannya, sedangkan ular tidak memiliki sayap?

Ular ini sebenarnya tidak terbang seperti burung. Sebaliknya ia hanya meluncur dari satu pokok ke pokok yang lain dengan dua tujuan, mencari mangsa dan menghindari musuh.

Misteri bagaimana ular ini mampu terbang di udara sebenarnya telah diketahui sekumpulan saintis Amerika iaitu Profesor Jake Socha dari Virginia Tech dan Lorena Barba dari George Washington University. Penemuan mereka telah diterbitkan di dalam Journal of Experimental Biology.

Pemerhatian terhadap ular ini mendapati bahawa ular terbang bukan sahaja boleh meluncur di udara tetapi juga mampu memanjat pokok.

Untuk naik keatas pokok, ular ini menolak badannya pada permukaan kulit batang kayu yang kasar sehingga membolehkan ia bergerak naik ketas.

Chrysopelea in Borneo [2]

Untuk membolehkan ular ini meluncur atau terjun dari pokok ke pokok pula, ia akan mentransformasikan badannya dengan gaya aerodinamik. Ketika berada di udara, ular ini akan mengempiskan perut sehingga badannya kelihatan rata dan menjadi lebih lebar.

Dengan kombinasi meratakan badan dan keupayaan menggerakkan tubuh dalam bentuk 'S' ketika berada di udara, membolehkan ular terbang melayang sehingga 100 meter jauhnya.

Ahli sains menyifatkan reptilia ini berupaya menghasilkan daya kekuatan aerodinamik setanding sayap sebuah pesawat kecil.

Dan penemuan ini sekaligus memberi ilham kepada saintis dalam penghasilan robotik yang memiliki kemampuan sama seperti ular unik ini.

BACA INI JUGA: Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

erm paling kak ana takut ularlah SP..oh tidakkk ..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon