Sep 1, 2014

Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara

Terpulang kepada sesebuah negara, ada yang mengharamkan makanan tertentu, pakaian tertentu, mainan tertentu dan ada juga yang mengharamkan kehadiran individu tertentu.

Berikut antara pelbagai perkara yang diharamkan di sesebuah negara.

Aktres Claire Danes
Manila

Aktres Claire Danes

Setelah menyifatkan bandar Manila sebagai bandar yang pelik dan berbau seperti lipas, setiap filem lakonan aktres tersebut tidak dibenarkan ditayang di bandar tersebut selain aktres itu sendiri tidak dibenarkan memasuki bandar itu.

Kebanyakan nama bayi
Denmark

Kebanyakan nama bayi

Terdapat lebih kurang 24,000 nama bayi yang dibenarkan oleh kerajaannya untuk dipilih oleh ibu bapa dan nama selain yang didaftarkan itu memerlukan kebenaran terlebih dahulu untuk digunakan.

Scrabble
Romania

Scrabble

Pada tahun 1980an, Presiden Nicolae Ceausescu telah mengharamkan permainan board ini dan menyifatkannya sebagai 'terlalu intelektual' dan 'kejahatan subversif'.

Makanan memberikan tenaga
Denmark

Makanan memberikan tenaga

Di Denmark, terdapat sekumpulan orang yang mempunyai rasa bimbang terhadap pengambilan terlalu banyak vitamin. Akibat rasa bimbang tersebut, banyak makanan popular yang diharamkan seperti Ovaltine dan Crispies.

Permainan video
Greece

Permainan video

Walaupun sebenarnya tujuannya adalah lebih kepada menghalang perjudian menggunakan mesin-mesin elektronik namun kerana undang-undang tersebut tidak diperincikan maka mereka yang bermain permainan video di sesebuah kafe internet juga boleh ditahan. Namun, setelah persatuan Eropah memberikan tekanan kepada mereka, akhirnya undang-undang itu telah diubah.

Gaya potongan rambut barat
Iran

Gaya potongan rambut barat

Antaranya termasuklah gaya potongan ekor kuda, 'spike' dan juga 'mullet'.

Pakaian emo
Rusia

Pakaian emo

Kerajaan Rusia menganggap gaya pakaian tersebut sebagai mengancam ketenteraman negara lalu mengharamkannya dalam usaha mereka untuk menurunkan kadar bunuh diri dikalangan remaja.

Konsol permainan
China

Konsol permainan

Pada tahun 2000, kerajaan negara China telah melaksanakan undang-undang itu untuk menghalang golongan muda rakyatnya daripada menghabiskan masa mereka begitu sahaja tanpa bekerja.

Walker bayi
Kanada

Walker bayi

Selepas kajian menunjukkan yang bayi dibesarkan dengan walker bayi mempunyai pergerakan motor yang lebih lambat, maka penggunaannya telah diharamkan di sana bermula pada tahun 2004. Hari ini bayi-bayi di Kanada dilatih berjalan menggunakan cara lama.

Sos tomato
Perancis

Sos tomato

Pada tahun 2011, Perancis mengharamkan sos tomato daripada dihidangkan di kafeteria sekolah untuk mengekalkan hidangan Perancis. walau bagaimanapun, sos tomato masih boleh digunakan jika mereka memakannya bersama-sama dengan kentang goreng.

Beg plastik
Bangladesh

Beg plastik

Bila Bangladesh mengharamkan penggunaan beg plastik pada tahun 2002, ia turut diikuti oleh negara-negara lain seperti Perancis, Tanzania dan Mexico.

Telefon bimbit
Cuba

Telefon bimbit

Semasa pemerintahan Fidel Castro, hanya orang-orang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan sahaja yang boleh memiliki telefon bimbit.

Haggis
Amerika Syarikat

Haggis

Haggis ialah makanan tradisional Scotland yang diperbuat daripada paru-paru kambing biri-biri namun telah diharamkan di Amerika Syarikat lebih dari 40 tahun lamanya.

Bunga Jasmin
China

Bunga Jasmin

Selepas berlakunya revolusi Jasmin di Tunisia yang berjaya memberikan inspirasi kepada para penunjuk perasaan di China, kerajaan negara tersebut telah mengharamkan bunga tersebut.

Avatar dalam 2D
China

Avatar dalam 2D

Walaupun filem tersebut dibenarkan untuk ditayangkan dalam bentuk 3D kerana hampir tidak ada panggung wayang 3D di negara tersebut, maka kebenaran itu tidak memberikan apa-apa makna.

BACA INI JUGA: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

5 comments

Cantik bunga jasmin tu..tapi dah diharamkan ya..Hmm..

tu lah macam macam kebijakan terkadang membingungkan,night all

Setiap perkara yg diharamkan tu pasti ada kebaikan buat negara yg mengharamkannya kan... Pasti ia menggugat kepercayaan budaya, kestabilan negara atau keharmonian msykt mereka...

Apabila merasa bijak pasti ada peraturan yang lebih pintar untuk menghalang..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon