Thursday, January 23, 2014

Tahukah Anda Golongan GAY Adalah Penghidap Pertama Penyakit HIV/AIDS


Kes HIV dan AIDS pertama dikesan bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1980 apabila sekumpulan homoseksual dari Amerika Syarikat mengadakan hubungan seks dengan homoseksual dari Afrika di Kepulauan Haiti.

HIV AIDS

Homoseksual dari Amerika kemudiannya telah dijangkiti kuman HIV dan kerana beberapa sebab mereka telah mengalami pembinasaan sistem keimunan dan seterusnya menunjukkan gejala-gejala serta tanda-tanda penyakit AIDS.

Bermula daripada kes pertama ini, HIV dan AIDS mula merebak ke seluruh dunia dengan pantasnya dan tiada satu pun benua yang terkecuali daripada menerima wabak ini.

Pada peringkat awal penemuan penyakit ini, ia dikenali sebagai HTLV-III/LAV (Human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa.

Dan dikatakan seramai kira-kira 34.2 juta penduduk dunia menderita kerana virus HIV/AIDS. Jumlah ini termasuklah disebabkan oleh masalah sosial, pemindahan darah tercemar, diwarisi daripada darah tercemar, diwarisi daripada ibu bapa dan sebagainya.

Daripada jumlah tersebut, seramai kira-kira 16.6 juta kanak-kanak diseluruh dunia menjadi yatim piatu kerana ibu bapa mereka meninggal akibat serangan virus berbahaya itu.

AIDS dikatakan boleh dicegah dengan kaedah berkhatan. Biarpun tidak 100 peratus namun, ia mampu mengurangkan hampir 50 hingga 60 peratus risiko berbanding lelaki yang tidak berkhatan.

Fakta penting HIV, AIDS

AIDS disebabkan HIV

HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit.

Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV.

Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan

Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia.

Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari.

Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

HIV dipindahkan melalui cecair badan

Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat.

Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks

Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin.

Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV

Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan.

Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom).

Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan.

Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan

Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat.

Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom.

Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik.

Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.

Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV

Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah.

Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar (digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV).

Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling

Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling.

Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.

Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian

Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan.

Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.

Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan

Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan.

Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.

Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV?

Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.

Jika dijangkiti HIV

Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV.

Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.

Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan

Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan.

Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan.

Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.

Jika anda pembawa HIV dan hamil

Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV.

Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan.

Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak.

Kesimpulan

Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta tersenarai tadi tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita.

Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon