Wednesday, October 23, 2013

Inspirasi Kejam Terhasil Angkara Filem The Matrix


Ingat filem The Matrix yang ditayangkan pada tahun 1999? Lakonan watak Neo oleh aktor Keanu Reeves memang tampak cool bukan. Dan rupa-rupanya watak Neo juga mudah memberi inspirasi.

The Matrix

Pada tahun yang sama, Eric Harris dan Dylan Keybold telah membunuh 13 orang pelajar dan mencederakan 24 yang lain dalam serangan di Sekolah Tinggi Columbine di Amerika Syarikat.

Sewaktu kejadian, Eric dan Keybold memakai jaket hitam labuh seperti watak Neo. Kedua-duanya membunuh diri dalam perpustakaan sekolah setelah mangsa dibunuh dengan kejam.

Kisah lain, seorang penjenayah bernama Lee Boyd Malvo yang ditangkap pada 2002 adalah penonton tegar filem The Matrix. Sewaktu dalam penjara, Malvo membuat banyak catatan mengenai filem ini termasuk satu nota berbentuk rayuan agar semua orang membebaskan diri daripada filem ini.

Malah, dia menyarankan pihak FBI menonton filem ini bagi mengetahui bagaimana cara dia berfikir sebagai salah satu cara membantu siasatan.

Lain pula kisahnya di San Francisco. Seorang pemuda, Vadim Mieseges, 27, telah membunuh dan mengerat badan tuan rumahnya pada tahun 2003. Dia mengaku menyiat tubuh tuan rumah itu sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah kerana mengesan 'kuasa jahat' dalam badan wanita itu.

Dalam keterangannya, Vadim mengatakan bahawa dia telah 'diserap' masuk ke dalam The Matrix. Namun, pemuda ini terselamat dari hukuman bila disahkan menghidap masalah mental.

Di Virginia, seorang remaja berusia 19 tahun, Joe Cook mendakwa dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu membunuh kedua-dua ibu dan bapa angkatnya dengan menembak mereka. Yang menariknya, Joe berpakaian seperti Neo sewaktu melakukan pembunuhan ini.

Senjata pembunuhan yang digunakan juga seakan-akan sama seperti senjata yang digunakan oleh Neo dalam filem tersebut.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon