Oct 2, 2015

Sambutan Hari Sungai Sedunia

Pada tahun 2005, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan 'Water for Life Decade' untuk membantu mewujudkan lebih kesedaran tentang keperluan untuk penjagaan sumber air dunia.

Amazing River

Berikutan itu, pembela sungai terkenal di peringkat antarabangsa, Mark Angelo telah mencadangkan penubuhan sambutan Hari Sungai Sedunia adalah sebagai maklum balas di atas usaha tersebut.

Cadangan untuk acara global untuk meraikan sungai ini adalah berdasarkan kejayaan BC Rivers Day, yang telah diasaskan Mark Angelo di Barat Kanada sejak tahun 1980.

Sambutan Hari Sungai Sedunia dilihat oleh agensi-agensi PBB sebagai satu acara yang berkesan dan baik selari dengan matlamat pelancaran 'Water for Life Decade' maka cadangan tersebut pun diluluskan.

Acara sambutan Hari Sungai Sedunia (World Rivers Day) disambut buat julung kalinya pada tahun 2005. Hari Ahad terakhir setiap bulan September telah dipilih sebagai Hari Sambutan Sungai Sedunia ini.

“Rivers are the arteries of our planet; they are lifelines in the truest sense.” ~ Mark Angelo (World Rivers Day Founder)

Sejak itu, acara sambutan ini disambut setiap tahun dan ianya semakin terus berkembang. Kini, sambutan ini disambut di seluruh dunia oleh pelbagai negara dengan matlamat yang sama iaitu untuk kesedaran akan kepentingan menjaga dan memelihara sungai.

Sungai, Hidupan Dan Alam

Melalui Sambutan Hari Sungai Sedunia ini, kesedaran tentang keperluan sungai serta tanggungjawab bersama untuk menjaga serta kesan yang akan dihadapi jika sungai tercemar atau dimusnahkan dapat disebarkan dengan lebih berkesan.

Sungai merupakan sumber air tawar yang utama dunia. Pada zaman ini, sungai kian terancam dan terjejas akibat pemanasan global, pembangunan dan pencemaran .

Sumber air tawar dunia ini semakin berkurangan dan kering. Ianya telah mewujudkan krisis untuk habitat liar dan tamadun manusia.

Akibat dari menyusutnya paras air dibeberapa laut, sungai, tasik dan empangan air bawah tanah, ianya telah memberi kesan kepada mata pencarian beratus-ratus juta orang melalui sumber perikanan, penternakan dan pertanian. Selain itu ianya turut mengganggu kestabilan muka bumi dan iklim dunia.

Apa yang lebih membimbangkan adalah semakin berkurangnya sumber air tawar yang bersih untuk minuman semua hidupan di alam ini.

Oleh itu, mari bersama kita menjaga dan memelihara sungai kita agar sentiasa bersih dan indah tanpa sebarang kemusnahan dan pencemaran.

Jangan sampai sudah tiada lagi sungai yang mengalir jernih dan bersih barulah kita hendak bertindak kerana pada masa itu segalanya sudah terlambat.

BACA INI JUGA: Cano Cristales, Keunikan Dan Keindahan Sungai Lima Warna

Sumber: Alamblogr.blogspot.my

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

subahanallh indahnya alam Mu Allah..selamat hari sedunia

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon