Nov 28, 2015

Oshiya, Pekerja 'Pemadat' Keretapi

Hari ini, negara Jepun merupakan sebuah negara model terhadap sektor pembangunan sejagat.

Oshiya

Pernah dipandang lemah dari segi ketenteraan sebelum kurun ke 17, Jepun memulakan fasa pembangunannya selepas era kebangkitan Meiji sekitar tahun 1868.

Pada kurun ke 19, pembinaan sistem keretapi dilihat memangkinkan kemajuan serta menjadi tulang belakang terhadap sistem pengangkutan yang menghubungkan wilayah-wilayah di negara tersebut.

Seiring dengan kepesatan yang berlaku dibandar-bandar besar, Jepun merupakan antara negara terawal memiliki keretapi berkelajuan tinggi jika dibandingkan dengan negara=negara Eropah lain.

Kepadatan penduduk bandar metropolitan Tokyo misalnya dianggarkan lebih 15 juta orang. Lebih 3.5 juta orang menggunakan perkhidmatan ini untuk ke tempat kerja setiap pagi dilebih 29 buah stesen melibatkan aliran laluan Yamanote.

Secara purata, tren aliran laluan Yamanote akan tiba distesen-stesen dengan kekerapan setiap 5 minit. Pada waktu puncak pula, jadual transit boleh menjadi begitu ketat dengan kehadiran tren setiap dua minit pada pukul 7.30 hingga 9 pagi.

Bayangkan, bagaimana sesaknya stesen-stesen keretapi pada awal pagi apabila kesemuanya berpusu-pusu mahu ke pejabat pada masa yang sama.

Sudah pasti ada adegan tolak-menolak dihadapan platform kerana masing-masing tidak mahu terlepas tren dan menunggu tren berikutnya walaupun beza waktu hanya dua minit.

Ketika inilah munculnya beberapa orang lelaki lengkap berpakaian seragam beserta sarung tangan putih memulakan tugas. Mereka dikenali sebagai Oshiya atau pemadat tren.

Oshiya akan menolak penumpang-penumpang yang masih belum masuk hingga melepasi pintu tren.

Dalam beberapa klip video pendek menerusi laman web YouTube, biasanya Oshiya akan melaungkan 'Hai Oshimasu! Hattekudasai! yang bermaksud 'Saya akan menolak kamu, sila masuk,' sebelum mereka mula menolak.

Tolakan Oshiya agak kuat hingga membuatkan ruang kosong menjadi padat seperti ikan sardin dalam tin.

Paling penting, ketika memedatkan pengguna keretapi, Oshiya akan memastikan tangan atau kaki penumpang tidak terbonjol keluar daripada pintu dan berkemungkinan tersepit.

Jadi, anda boleh bayangkan betapa padatnya gerabak, ditambah pula tolakan daripada Oshiya, seluruh badan akan terhimpit dan tidak boleh bergerak sehinggalah tiba ke destinasi. Kes sesak nafas sudah menjadi perkara biasa.

Oshiya [2]

Jawatan Oshiya kali pertama diwujudkan selepas stesen Shinjuku mula beroperasi sejak tahun 1885.

Menerusi laman web Quora.com, terdapat beberapa orang pengguna internet yang pernah menggunakan perkhidmatan tren mengakui pernah berhadapan dengan situasi biasa ditolak ke dalam gerabak oleh Oshiya.

Dibayar secara gaji sambilan, Oshiya biasanya diupah dengan kadar 800 Yen hingga 1,000 Yen sejam atau bersamaan RM25 hingga RM30.

Oshiya hanya bertugas pada sebelah pagi ketika waktu kemuncak dan bilangan staf bertugas pada syif sebelah petang tidak seramai waktu puncak pagi kerana keadaan waktu petang masih terkawal dengan pola aliran masuk keluar penumpang sedikit terkawal.

Rata-ratanya adalah pelajar universiti selain merupakan konduktor untuk syarikat keretapi tersebut. Oshiya hanya bekerja tiga kali sahaja dalam tempoh seminggu.

Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja-pekerja ini tidak merasakan amalan menolak penumpang sebagai suatu amalan kepada mereka kerana pekerjaan ini dilihat sedikit kasar bagi sesetengah pihak.

Jadi, jika anda merancang untuk mengembara dengan menaiki tren pada waktu puncak di Jepun, awas, anda mungkin ditolak jika menjadi penumpang terakhir masuk ke dalam tren.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

3 comments

http://madey09.blogspot.my/2015/11/jemputan-menjawab-kuiz-khas-kepada-10.html
asalam sila ke laman Etuza kuis on going untuk anda dan 9 blogger lain..

Tolak penumpang..kalau dah berpadat-padat macam nie...
Mahu pengsan dibuatnya...
Isk...isk terlampau maju..hihi

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon