Sunday, March 01, 2015

Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India


Maharajas' Express, merupakan perkhidmatan kereta api paling mewah dan mahal di India dengan kapasiti 84 penumpang pada satu-satu masa.

Maharajas' Express

Kereta api ini dilengkapi 5 koc deluxe, 6 koc suite kecil, 2 koc suite besar dan satu koc kelas Presiden.

Kesemua bilik didalam koc ini dihiasi dengan cukup mewah sekali dan untuk koc suite dan presiden dilengkapi dengan tandas persendirian lengkap dengan tab mandi!

Bagi menunjukkan lagi kemewahan Maharajas' Express, ia turut dilengkapi 2 koc dewan makan yang dihias begitu indah.

Selain hiasan dalaman yang opulent, pihak Maharajas' Express turut menyediakan seorang butler bagi setiap bilik kelas presiden dan suite besar.

Kelengkapan skrin LCD dan internet jalur lebar juga disediakan.

Harga tiket Maharajas Express ialah diantar USD800-2500 sehari.

Termasuk dalam pakej mewah ini ialah perkhidmatan pemandu pelancong disetiap bandar keretapi ini berhenti.

Maharajas' Express ialah inisiatif kementerian pelancongan India bagi menarik pelancong kaya yang mahu mengembara keserata India dalam keadaan mewah dan selesa.

Kebanyakan yang menggunakan perkhidmatan ini adalah pelancong asing yang sanggup mengeluarkan RM9,081 hingga RM13,622 untuk program jelajah selama tujuh malam.

BACA INI JUGA: Tragedi Malang Lac Megantic

Maharajas' Express [2]
Maharajas' Express [3]
Maharajas' Express [4]
Maharajas' Express [5]

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. tengok yang begini teringat kan bekas Presiden Turki, Mustafa Kamal Attaturk... yang menjelajah ke seluruh negaranya dengan keretapi mewah sebegini...

    tapi kalau saya ada banyak wang mau juga nak mencuba....

    ReplyDelete
  2. Wah mewah sgguh..ada duit lbh blh laaa naik hehe

    ReplyDelete
  3. Fuhh kelasss gitu... terasa kaya tengok koc mcm tu...

    ReplyDelete
  4. huihhhh...mewahnyeeee....hanya mampu tengok gambar jerrr....hihihi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon