Tuesday, September 23, 2014

Tragedi Malang Lac Megantic


Awal pagi Jumaat, 5 Julai 2013, kereta api Montreal, Maine and Atlantic Railway (MMA) bertolak dari Cote Saint Lac menuju ke Lac Megantic. Perjalanan itu bakal mengambil masa selama sehari. Bersama-samanya, 72 buah tangki penuh minyak mentah dan lima buah gerabak barang.

Lac Megantic
Tragedi Lac Megantic. [wikipedia]

Tiada siapa menyangka, kereta api gah membawa muatan minyak mentah akhirnya menemui titik noktah selepas terlibat dalam satu letupan hingga melenyapkan sebuah bandar kecil di Lac Megantic, Kanada pada 6 Julai 2013.

Seperti biasa, apabila tiba di Farnham, pemandu akan bertukar syif. Bagaimanapun, apabila tiba di Nantes, waktu kerja akan tamat dan kereta api akan direhatkan.

Sekitar jam 11 malam waktu tempatan, MMA tiba di Nantes. Walaupun jarak Nantes dan Lac Megantic hanya lebih kurang 11 kilometer sahaja lagi, oleh kerana jadual kerja syif pemandu sudah tamat, jadi ia akan digerakkan semula pada hari yang berikut. Nantes adalah hentian utama untuk menyimpan kereta api.

Lac Megantic [4]

Lazimnya, MMA akan di parkir di laluan khusus. Namun, pada malam itu, laluan tersebut telah digunakan untuk parkir gerabak kosong milik Tafisa, sebuah syarikat industri lain.

Pemandu lokomotif MMA kemudiannya meletakkan kereta api di laluan utama sebelum mematikan empat daripada lima enjin dan menghidupkan brek angin.

Dalam masa yang sama, beberapa lagi brek tangan manual yang lain turut dipasang agar kereta api tidak bergerak sendiri ketika ia berehat di ditu. Ini kerana, stesen Nantes berada diatas bukit.

Sebuah enjin dibiarkan hidup supaya dapat membekalkan udara kepada semua brek angin yang dipasang. Kemudian, barulah pemandu ini pulang.

Sekitar jam 11.45 malam, kereta api ini yang dalam keadaan rehat, tiba-tiba bergerak perlahan-lahan. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena, asap tebal berwarna hitam pekat naik ke udara, percikan api mula keluar dari beberapa buah lokomotif lain.

Pelik! Tiada seorang pegawai pun yan sedar melainkan pengguna jalan raya berhampiran. Seorang saksi segera menghubungi 911 sejurus melihat keadaan luar biasa itu.

Lac Megantic [5]

Lebih kurang 11.50 malam, anggota polis dan bomba tiba ditempat kejadian. Keadaan ketika itu masih lagi terkawal dan tiada apa-apa yang serius berlaku.

Seorang anggota penyelamat kemudiannya masuk ke dalam gerabak lokomotif untuk mematikan enjin sebelum memadamkan api. Ia bertujuan supaya minyak mentah tidak terus meruap dan menyebabkan kebakaran menjadi lebih teruk.

Anggota penyelamat mengambil langkah keselamatan dengan memaklumkan kejadian itu kepada pejabat operasi MMA di Farnham. Ini membolehkan pihak MMA menghantar pegawai teknikal untuk menyiasat.

Lebih kurang jam 12.13 malam, pegawai teknikal MMA tiba. Bagaimanapun, ia disahkan selamat.

Awal pagi 6 Julai, sekitar jam 12.56, kereta api sekali lagi tiba-tiba bergerak sendiri padahal semua enjin sudah dimatikan!

Kedudukan Nantes di atas bukit menyebabkan laluannya bengkang-bengkok. Ketika kereta api menyentuh laluan menurun, ia serta-merta meluncur laju dengan kelajuan tinggi mencecah 110 kilometer sejam sedangkan kelajuan asal hanyalah 16 kilometer sejam.

Lac Megantic [2]

Tiba-tiba, kereta api terputus dua. 63 buah tangki minyak bersama lokomotif berat menjunam. Manakala baki sembilan buah tangki masih lagi berada di stesen Nantes.

Akibat ketiadaan kawalan, kereta api itu tergelincir lalu merempuh masuk ke kawasan bandar Frontenac Street. Hentaman kuat yang berlaku pada tangki menyebabkan bahan api yang sedia ada meruap dan terus meletup dengan dentuman yang cukup dahsyat.

Keadaan api pada masa itu tiga kali ganda lebih tinggi daripada bangunan di Lac Megantic.

Lac Megantic Before and after
Keadaan kedai sebelum dan selepas kejadian.

Ketika itu, seluruh bandar Lac Megantic kelihatan seperti dilanda tsunami api. Tidak cukup dengan itu, sisa-sisa minyak bercampur api terus masuk ke saluran-saluran pembetungan bawah tanah. Saluran ini bersambung dengan rumah penduduk.

Sekelip mata sahaja, api terus marak membakar rumah penduduk. Ada penduduk yang tidak sempat menyelamatkan diri, rentung dijilat api!

Beberapa siri letupan kemudian memenuhi ruang sejauh satu kilometer. Kepanasannya dapat dirasai sehingga jarak dua kilometer!

Pagi itu, lebih kurang 150 orang anggota bomba dan penyelamat bersama lapan buah trak bomba dikerah ke tempat kejadian. Biarpun hampir 20 jam memadamkan api, langsung tiada tanda-tanda api akan padam.

Terdapat lima buah kolam api besar terbentuk dengan maraknya. Ia menutupi punca kebakaran dan menambahkan lagi kesukaran pasukan bomba.

Hospital tempatan pula dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara. Lebih kurang 1,000 orang telah dipindahkan apabila rumah dan kediaman mereka rosak teruk. Manakala 1,000 orang lagi dipindahkan keesokkannya kerana radiasi pencemaran udara mula berlaku.

Dalam masa yang sama, pemandu kereta api bergegas ke stesen Nantes. Mereka segera menarik sembilan buah tangki minyak yang masih selamat menjauhi tempat kejadian. Ia bertujuan bagi mengelakkan berlaku 'pemeluapan' kesan daripada bahang panas melampau.

Air juga disiram di atas tangki bagi menyejukkan tangki dan mengurangkan tekanan udara.

Petang 7 Julai 2013, sekitar jam 3 petang, api berjaya dipadamkan. Sebanyak 42 mayat ditemui dalam keadaan mengerikan. Lima orang dilaporkan hilang dan lebih 30 buah bangunan hancur dan 115 lot perniagaan musnah.

Lac Megantic [3]
Tangisan Lac Megantic akan terus diingati rakyat Kanada.

Lac Megantic tidak ubah seperti dataran perang yang landai seluas mata memandang. Sungai-sungai dan sumber air terbuka serta-merta ditutup akibat terdedah kepada radiasi.

Anggaran kerugian masih disiasat. Bagaimanapun, menurut sumber, setakat ini sebanyak USD$50 juta dolar tuntutan insuran telah dibuat.

Hingga ke hari ini, bandar kecil Lac Megantic masih terus ditangisi. Kehilangan penghuni bandar dalam satu siri letupan tsunami api telah meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Pekan utama telah dipindahkan ke satu lokasi lain bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

Biarpun hanya satu kilometer yang terjejas, namun usaha untuk membangunkan semula pekan ini pastinya akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

BACA INI JUGA: 10 Stesen Kereta Api Berhantu Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Fuhh mmg betul2 tragis ni.. mohon dijauhkanlah berlaku di tempat kita...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon