Wednesday, April 30, 2014

Kiviak, Hidangan Jijik Masyarakat Greenland!


Bayangkan majlis perkahwinan apa yang anda selalu bayangkan. Pengantin? Dekorasi? Cenderamata? Atau mungkin hidangan?

Kiviak in Greenland [2]

Bagi penggemar makanan, pastinya majlis perkahwinan sering dinantikan kerana banyaknya juadah enak yang boleh dinikmati. Apa yang pasti, hidangan istimewanya sudah tentulah nasi minyak.

Bagaimanapun, berbeza pula di Greenland. Mereka akan menghidangkan bangkai burung kepada tetamu!

Kiviak in Greenland

Makanan istimewa ini dikenali sebagai Kiviak. Ia adalah makanan tradisional kaum Inuit di Greenland. Kiviak dihasilkan dari burung yang diperam selama tujuh bulan. Cara memeram pula bukanlah dalam bekas kaca atau balang, sebaliknya di dalam kulit anjing laut yang sudah diawet.

Ia biasanya dihidangkan pada musim sejuk serta di dalam majlis perkahwinan dan majlis hari jadi sebagai makanan utama.

Melihat gambar saja pun sudah cukup meloyakan tekak, belum lagi menghidu aromanya.

Jika ke Greenland, anda boleh menyaksikan sendiri di serata pasar mereka terdapat Kiviak yang dijual terus dari kulit anjing laut. Dan juadah itu lebih cepat habis berbanding makanan lain.

Mungkinkah keenakan makanan ini boleh disamakan dengan kesedapandurian bagi masyarakat kita?

Suhu musim sejuk yang melampau, panjang dan gelap menyebabkan masyarakat di Greenland mempunyai masa yang terbatas untuk keluar memburu. Maka, memproses makanan lebih awal boleh menyenangkan mereka di masa akan datang.

Beberapa bulan sebelum menjelang musim sejuk, penduduk di Greenland akan bersiap sedia untuk membuat Kiviak. Caranya sama seperti kita membuat jeruk. Bezanya, tiada air dan tiada garam.

Kiviak in Greenland from Auk

Untuk membuat Kiviak, orang-orang Inuit memerlukan lebih kurang 400 hingga 500 ekor burung dari spesis Auk yang mudah di dapati disepanjang perairan Greenland. Burung Auk yang sudah mati kemudiannya dimasukkan ke dalam kulit anjing laut kering yang dibentuk menjadi seperti guni.

Bagaimanapun, untuk meninggalkan rasa yang lebih 'sedap', mereka tidak akan membuang bulu pelepah, bulu badan, paruh, kuku dan organ dalaman supaya ia boleh ditapai bersama. Dan mungkin itulah yang membuatkannya sedap!

Kemudian, 'guni' yang sudah dipenuhi burung tadi akan ditekan berulang kali supaya tiada udara terperangkap di dalamnya sebelum dijahit. Akhir sekali, guni tersebut akan dibawa ke sebuah lubang lalu ditindih dengan bongkah batu besar supaya tekanan udara menjadi benar-benar rendah.

Di situ, bangkai burung ini akan menjalani proses pemeraman selama tujuh atau lapan bulan.

Kiviak in Greenland [4]
Kiviak in Greenland [5]
Kiviak in Greenland [6]
Kiviak in Greenland [7]
Kiviak in Greenland [8]

Apabila tiba musim sejuk, Kiviak sudah sedia untuk dikutip dan dimakan. Namun, cara hidangan bukanlah denagn memakannya begitu saja. Mereka terlebih dahulu akan membuang bulu-bulu yang terdapat pada Kiviak.

Caranya sangat mudah, lurutkan saja badan burung itu dan semua bulu akan tercabut dengan mudah. Proses pemeraman yang dilalui selama lebih kurang tujuh bulan telah melembutkan organ burung tersebut.

Kiviak in Greenland [3]

Akhir sekali, isi perut juga akan dibuang. Kemudian, barulah Kiviak sedia untuk diratah!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon