Apr 4, 2015

9 Kereta Paling Jimat Minyak Di Pasaran

Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

Disini, kami kompilasikan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.

1. Perodua Axia
100KM = RM8.80

Perodua Axia

Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.

2. Mitsubishi Mirage
100KM = RM9.10

Mitsubishi Mirage

Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.

3. Mitsubishi Attrage
100KM = RM9.10

Mitsubishi Attrage

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.

4. Hyundai i10
100KM = RM10.10

Hyundai i10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.

5. Honda City 2014
100KM = RM11.20

Honda City 2014

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.

6. Myvi 1.3
100KM = RM11.20

Myvi 1.3

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.

7. Peugeot 208
100KM = RM11.90

Peugeot 208

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.

8. Volkswagen Polo Sedan
100KM = RM12.30

Volkswagen Polo Sedan

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.

9. Proton Iriz
100KM = RM13.20

Proton Iriz

Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

BACA INI JUGA: Pilihan Model Kereta Kecil Terbaik Di Malaysia

Sumber: Mukhrizmahathirfc.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

7 comments

saya prefer Myvi sebab saya suka kereta yang kecil. hehe

pernah dengar vios & nissan almera jimat juga... not sure sejauh mana kebenaran.... tapi , memang produa much much better than proton... oppsss

Boleh tahan juga volks polo tu jimat minyak ye.. thanks sharing info SP.. skrng dah mudah komen semula ni.. best.. :)

Sepatutnya toyota vios bukan honda city.salah tu bro then nissan almera masuk sekali.proton iriz 1.6 memang xtersenarai langsung.g livina 1.8 wife aku yg lama pun lagi jimat dari iriz 1.6cvt VVT ni konon.serius buat ulang alik kerja memang terasa iriz semacam sikit.nak kata drive laju pun idak juga.lagi2 klu korang sendiri tengok odometer.wife aku cakap menatang ni badan kocik makan bosar.

Terima kasih diatas teguran tuan. Akan saya update bila ada kelapangan waktu.. :)

ha3 aik..cmna honda city plak jg

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon