Wednesday, April 02, 2014

Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah.

Jadi di sini disenarai ikan-ikan paling mahal di Malaysia.

Ikan Empurau

Ikan Empurau

Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja.

Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.

Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan 'Engkabang Fruit' sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram.

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat

Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.

Ikan Semah

Ikan Semah

Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo.

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.

Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.

[Sumber]

UPDATE!

Ikan Patin Muncung

ikan patin muncung

Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.

Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram.

Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.

Ikan Ketutu

Ikan Ketutu

Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut.

Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby.

Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.

BACA INI JUGA: Ikan Yu Pelik Miliki Muka Seperti Manusia Di Turki!

-Sentiasapanas.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

12 comments

Ikan jelawat aku jual , dua ringgit jer seekor .

Biasanya harga menjadi mahal kalau dah melebihi 1 kg seekor..

Salah tu bro..ko ingat cicak tokek ke?makin besar makin mahal? Hahaha..
Die kire mcm ni...ni aku punye pengalaman la.. Ikan mesti lah lebih dari 200gram.. Tapi x lebih 1kg seekor..dan ikan mesti lah masih hidup ketika dijual..yg paling laku diantara 300-700 gram..once dah lebih 1kg die jadi murah..makin tggi lagi makin murah..reason die..cube ko bygkan ko bele ikan ni sampai berat 5kilo..dekat 2500 sekor ade ke yg nak beli?lagi pun ikan bile dah lebih dari usia matang..rase dah lain..mcm ikan keli..pasal tu yg bese org jual besar2 lengan budak..dah besar peha tu cube goreng rase die mcm mn...
Lagi satu yg biase beli kedai makan or restoran besar die nak hidup supaya pelanggan boleh pilih dlm aquarium..masih segar..
Sekian tq

Terima kasih diatas info En. Zahar..:)

jika awak nak jenis ikan tersebit sila call saya 0148099114 see my blog http://ikanairtawar471.blogspot.com/

Penghantaran ke seluruh Malaysia ke?

Betul ke en. zahar..setahu saya semakin besar semakin mahal..contoh ikan empurau kalau masih kecil tulang die banyak dan kecil2 susah nak makan..kalau dah besar tulang die pun besar senang nak buang tulang tu time makan and daging die manis..

Asalamualaikum..... Ikan jelawat nie nak dapat kat mane?

Boleh dapatkan dari pembekal ikan..;)

ikan jelawat masak tempoyak potong 3 baru rm7 semangkuk dekat medan selera stesen teksi bandar lipis. x tanya plak ngn tokey dari sangkar or kolam. yg penting rasa mmg terbaik. isi lembut halus. bygkn orang asli dtg bandar lipis pon mkn kt situ

Salah tue.
Ikan empurau.
Bawah 350g murah nya. RM 120/kg.
Bawah 750g murah nya. RM300/kg.
Bawah 850g murah nya. RM500/kg.
Bawah 950 murah nya. RM800/kg
Atas 1000g murah nya . RM1200/kg.
Atas 1300g murah nya. RM1500/kg. Bgi penjual ikan empurau nih. Berat yg paling sesuai tuk dijual ialah. 1.5kg... sehingga 12.5kg.... kerna dlm lingkungan ini harga ikan tersebut adalah tinggi.
Sekiranya berat telah melebihi 14kg bagi seekor ikan empurau. Harga tersebut akan menjadi RM180/kg.
Tapi. Bukan semua ikan empurau harga baik. Kerna empurau ada juga yg "loko"

Benih ketutu liar size 2"-4" quantity dlm 1kg rm45.
Size 4"-6" quantity dlm 1kg rm55.size 6"-8" quantity dlm 1kg rm65 .yg berminat boleh call
019 2494640 imran

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon