Jumaat, Disember 07, 2018

Maksud Mimpi Mengandung


Mimpi mengandung itu tandanya akan beroleh rezeki yang lebih daripada kebiasaan. Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan, justeru simbolik pada mimpi mengandung juga ertinya kemungkinan akan mendapat rezeki

Mimpi Mengandung
Gambar hiasan.

Disebutkan bahawa, sangat beruntunglah jika ada wanita yang bermimpi mengandung kerana menurut orang tua-tua, itu petanda baik dan membawa kesenangan.

Tetapi, jika seorang lelaki bermimpi dirinya mengandung, ia adalah sesuatu yang pelik dan alamatnya juga membawa maksud yang kurang baik.

Bagi seorang suami bermimpi isterinya mengandung, itu juga dikatakan mimpi yang mendatangkan alamat yang baik.

Tafsir Mimpi Mengandung

Menurut pandangan ahli tafsir mimpi, seorang wanita yang mimpi mengandung tandanya dia akan nendapat wang.

Namun, jika seorang lelaki mimpi dirinya mengandung kemungkinan itu alamat dia akan berhadapan dengan kesulitan. Maka, beringat dan berwaspadalah.

Kebanyakan penafsir mimpi berpendapat mimpi hamil itu secara umumnya baik petandanya yakni kebiasaannya itu petanda akan bertambah harta. Bukankah anak-anak itu adalah ‘harta’ kepada kedua-dua ibubapa.

Ibnu Sirin dalam tafsirnya turut menyebut, seorang suami yang mendapat mimpi isteri sedang hamil mencerminkan bagaimana kedua-duanya sedang menunggu datangnya harta. Pendek kata akan bertambah rezeki.

Moga-moga tafsiran mimpi hamil ini benar-benar menjadi kenyataan buat mereka yang berhajat, Insyaa Allah.

MAKSUD MIMPI MENGANDUNG, PELBAGAI LAGI PANDANGAN

1. Merancang Untuk Hamil dan Bermimpi Sedang Hamil

Dalam kehidupan sebenar saya sedang merancang kehamilan anak kedua. Apakah ada apa-apa hubungannya dengan mimpi mengandung yang saya alami?

Ada perkaitan besar bahawa keinginan dalam dunia sedar terlalu kuat hingga terbawa-bawa dalam alam separuh sedar. Ia sesuatu yang sangat normal dan biasanya memang begitu bagi seorang wanita yang kuat emosinya.

Tambahan lagi sekiranya keinginan untuk hamil itu tidak diluahkan kepada orang lain di dunia sebenar dan sekadar dipendam sendiri maka ia akan terungkap dalam alam mimipi.

Banyakkan berdoa moga-moga Tuhan mengabulkan hajat anda untuk mendapat seorang anak soleh dan solehah dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

2. Belum Kahwin Tapi Mimpi Mengandung

Apa maknanya jika mimpi mengandung bagi seorang wanita yang belum berkahwin?

Itu tanda akan beroleh rezeki atau impian akan tercapai. Kata orang tua-tua dulu, mimpi mengandung tandanya kita bersangatan menginginkan sesuatu dan kemungkinan ia akan tercapai dalam tempoh terdekat. Banyakkan berdoa dan bersabar.

3. Hamil dan Dapat Anak

Saya mimpi sedang hamil, kemudian melahirkan bayi itu tapi sikit pun tak rasa sakit. Dapat bayi perempuan kembar. Yang peliknya lagi dalam mimpi tu juga bayi tersebut cepat membesar. Dari baby sekejap saja terus jadi macam usia setahun, kemudian terus membesar umpama budak umur 8 tahun. Apa ertinya?

Kata orang tua-tua mimpi hamil tandanya akan dapat rezeki. Mimpi mengandung dan dapat anak maknanya impian akan segera tercapai. Itu satu pendapat.

Pendapat lain pula ada mengatakan mimpi bayi itu boleh jadi petanda baik atau petanda kurang baik. Mimpi bayi katanya ada kaitan dengan gangguan jin.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: tafsirmimpi

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

1 comments so far

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon